Sahabat Que 'Silent Readers'

Kisah Kejatuhan NOKIA Yang Patut Dijadikan Iktibar | WAJIB BACA !!!

6/26/2016 08:12:00 pm



Kisah Kejatuhan Nokia Yang Patut Dijadikan Iktibar Oleh Semua

"Kami tak buat apa-apa kesalahan, tapi bagaimanapun, kami kalah", itu kata-kata terakhir dari CEO Nokia, Stephen Elop selepas mengumumkan syarikat gergasi telefon bimbit itu dibeli oleh Microsoft dengan harga $7.17 billion.

Nokia, yang merupakan sebuah syarikat yang gah sebelum ini, tidak menjangka mereka akan lumpuh dalam masa yang sangat singkat. Namun apa yang menyebabkan Nokia lumpuh dengan begitu teruk sekali?

Ya benar, mereka tidak membuat sebarang kesalahan, tetapi silap mereka adalah terlalu selesa sehingga lupa untuk berubah seiring dengan trend masa kini. Akibatnya, syarikat mereka dicantas oleh pesaing dengan begitu cepat sekali.

Ketika syarikat pengeluar telefon lain sedang sibuk mengeluarkan telefon Android yang baharu, Nokia masih lagi selesa dengan telefon-telefon mereka. Dan akhirnya mereka kecundang.

Cuba bayangkan apa akan berlaku jika Nokia dengan cepat-cepat mengeluarkan telefon Android ketika Android meletup satu ketika dahulu? Sudah tentu syarikat mereka masih hidup dan bertambah gah lagi.

Pengajaran

Satu pengajaran paling penting dalam kisah kejatuhan Nokia ini adalah : "Jika anda tidak berubah seiring dengan perkembangan semasa, anda akan terkeluar dari persaingan.".

Kisah kejatuhan Nokia ini patut dijadikan iktibar bukan sahaja untuk syarikat-syarikat diluar sana, malah untuk individu sendiri.

Tetapi berubah tidak semestinya bermaksud meniru cara orang lain berubah. Kita mungkin boleh mencipta cara kita sendiri yang sesuai dengan perubahan sekeliling, asalkan kita tidak berada di takuk lama.

Kesimpulan.

1 - Kelebihan yang kita ada semalam mungkin bukan lagi satu kelebihan pada keesokan harinya. Jadi jangan berbangga sangat dengan kelebihan semalam dan teruskan memperbaiki diri.

2 - Untuk berubah, kita perlu menerima bahawa cara kita itu salah/sudah tidak releven. Ini bermakna perubahan memang sesuatu yang susah. Tapi jadikan kisah Nokia ini sebagai pengajaran dan jangan sampai sudah terlajak perahu baru nak berubah.

You Might Also Like

5 comments

  1. Bangsa melayu susah nak berubah..masih harapkan dedak sehari bukan setahun..kesian

    ReplyDelete
  2. Yang Makan Dedak adalah Melayu Spesis Umngok.jer.

    ReplyDelete
  3. agknye sikap org melayu sampai kiamat pun sukar nk berubah,,,,ape org nk buat biar le,,aku tetap camni ye,,, tu le melayu

    ReplyDelete
  4. selamat pagi..jalan2 sini ambil mood raya.. ^_^

    ReplyDelete
  5. betul sangat..kena menyediakan diri mengikut perubahan zaman...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad