Sahabat Que 'Silent Readers'

[INFO] Cara Transfer Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji (Vice Versa) | INFO YANG MENARIK !!!

10/21/2015 11:05:00 am

[INFO] Cara Transfer Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji (Vice Versa) | INFO YANG MENARIK !!! | Semoga perkongsian ini bermanfaat.

tabung-haji-maybank
Selain dari guna ATM, kita juga boleh guna online akaun seperti maybank2u untuk semak baki duit kat akaun Tabung Haji (ATH), pindah duit dari maybank2u ke ATH atau ATH ke maybank2u dan juga kemudahan mendaftar pergi haji.
Amat berguna terutama bila nak tahu atau keluarkan dividen simpanan dari ATH.
Tapi mula-mula kita kena register/link dulu nombor ATH dengan akaun maybank2u kita. Cara yang saya tahu ialah mendaftarkan nombor ATH melalui mesin ATM seperti di bawah:
Sebelum tu, seseorang mestilah mempunyai:
·         Akaun simpanan dan kad ATM Maybank 
·         Akaun dan buku simpanan Tabung Haji

Kemudian, kita mesti ‘link’ kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank kita. Cara-cara nya adalah seperti berikut:
1.      Mula-mula pergi mesin ATM Maybank dan masukkan kad ATM dan password seperti biasa
2.      Bila dah masuk menu utama, pilih menu TABUNG HAJI (rujuk gambar bawah)

3.      Lepas tu pilih menu DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI KE ATM (rujuk gambar bawah)

4.   Nanti keluar skrin yang mintak anda masuk kan NOMBOR AKAUN TABUNG HAJI (rujuk gambar bawah)

5.   Skrin yang seterusnya akan minta anda masuk kan NOMBOR SIRI BUKU SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA.
Sekarang anda dah boleh guna kad ATM Maybank untuk buat transaksi duit masuk dan keluar melalui akaun Maybank….termasuk juga menyemak baki semasa akaun Tabung Haji anda.
Selain itu, melalui mesin ATM kita juga boleh mendaftar dengan Tabung Haji untuk urusan mengerjakan haji.
Lepas dah link, kita log-in maybank2u macam biasa. Pergi ke Accounts & Banking (gambar bawah).

Kemudian, klik ke Transfer di sebelah kiri. Kita akan dapat menu seperti gambar di bawah. Klik ke Tabung Haji.

Bila dah masuk menu Tabung Haji, ada beberapa pilihan yang disediakan – Balance InquiryFund Transfer danHaji Registration (rujuk gambar bawah).

Skrin untuk Balance Inquiry…baki di sini tak nampak sebab system tulis …’you have insufficient fund to show’ ;p

Skrin untuk Fund Transfer. Kat sini kita boleh buat macam-macam transaksi..dari akaun sendiri ke akaun sendiri atau akaun sendiri ke akaun orang lain. Janji duit ada :)

Last sekali…skrin untuk Haji Registration. Tapi ada beberapa syarat seperti, minimum baki dalam ATH mesti RM1,300. Lepas daftar, duit RM1,300 ini tak boleh dikeluarkan lagi.
 
Nota tambahan:

Kita juga boleh daftarkan no akaun Tabung Haji anak-anak kita dalam Maybank2u, jadi senang nak transfer duit diorang (contoh duit raya) ke akaun Tabung Haji masing-masing tanpa perlu kita beratur di kaunter Tabung Haji yang biasanya sangat ramai.Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan anda dan menjimatkan masa kualiti anda!
sumber: guablog.com

You Might Also Like

2 comments

  1. kalau kerja kerajaan senang, tolak dalam payslip jer..

    ReplyDelete
  2. Brp maybank cas klu transaksi mcm ni?

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad