Sahabat Que 'Silent Readers'

ZINA: PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD | Mengikut Hukum Syarak

5/11/2013 12:24:00 pm

ZINA: PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD | Mengikut Hukum Syarak | Pepagi ni, Abe sekadar berkongsi untuk renungan kita bersama. Ingat SAHABAT, JAUHI ZINA... Sedap CUMA SEMENTARA...

Zina
(A) Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.

Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.




baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
(B) Qazaf (menuduh zina)
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali

(C) Minum arak
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali

(D) Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan


(E) Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukuman : sekiranya membunuh hendaklah dibunuh. Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(F) Riddah (murtad)
Keluar seseorang Islam itu dari agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

You Might Also Like

2 comments

  1. Insaf membaca entri ni....
    Itu baru hukuman dunia....
    Kalau tak insaf...........jauhkan....amin.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad