UMNO Bukan Parti Pertama Yang Perjuangkan KEMERDEKAAN Negara | Sedikit Pencerahan Kepada Mereka Yang MUNGKIN BERMINAT Nak Tahu


UMNO Bukan Parti Pertama Yang Perjuangkan KEMERDEKAAN Negara | Sedikit Pencerahan Kepada Mereka Yang MUNGKIN BERMINAT Nak TahuParti pertama dan utama dalam sejarah KEMERDEKAAN MALAYA adalah PKMM - Parti Kebangsaan Melayu Malaya, yang tertubuh selepas jatuhnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ia sebuah partii nasionalis dengan dua cabang utama - API dan AWAS.



Dalam sejarah, PKMM awalnya condong kepada idealogi komunis, tetapi selepas beberapa tokoh Melayu menjadi ketuanya, ia lebih bersifat nasionalisma, bermula dengan Burhanuddin Helmi, Ishak Hj Muhammad.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Apabila UMNO ditubuhkan yang terdiri dari kalangan orang Melayu Elit berpendidikan British, PKMM telah bersatu untuk bersama menuntut kemerdekaan, tetapi kemudianya keluar disebabkan isu keris pada bendera UMNO. Dek kerana peristiwa ini, UMNO disifatkan parti haluan kanan oleh British manakala PKMM dan sekutu-sekutunya disifatkan berhaluan kiri.

Memandangkan sifat-sifat perjuangaan yang ada dalam PKMM dan sekutunya yang lebih keras terhadap British, mereka telah dianggap menyebar fahaman komunisme dalam masyarakat. Akhirnya ia telah dibubarkan oleh kerajaan British menggunakan Pendaftar (ROS), dan laksana Darurat yang telah mendapat persetujuan oleh UMNO ketika itu.

- Sedikit pencerahan kepada mereka yang mungkin berminat nak tahu.

1 comments:

{ encik cool } at: 5/07/2013 2:46 pm said...

sejarah tidak tidak akan berubah..tpi yang kita takut sejarah ditutup bgitu shj..

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine