Sahabat Que 'Silent Readers'

Ramadan Staycation di AnCasa Residences Port Dickson, Negeri Sembilan

4/23/2022 09:21:00 pm

Siapa kata di bulan ramadan tak boleh bercuti. Bulan ramadan tidak membataskan Abe sekeluarga untuk bercuti. Staycation walaupun 3 hari 2 malam sudah cukup untuk merehatkan badan dan minda setelah setahun berhempas pulas mencari rezeki. Tahun ni, Abe sekeluarga berpeluang untuk ke AnCasa Residences di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Yang menariknya, staycation di bulan ramadan kali ini menawarkan sahur dan buffet ramadan sekaligus di satu lokasi sahaja.

Menginap di AnCasa Residences Port Dickson untuk tempoh 3 hari 2 malam memang betul-betul bermanfaat bagi Abe sekeluarga. Libih kurang sejam je dari KL nak ke Port Dickson. Tup-tup dah sampai.

Anak Abe Ean dan Dian ialah orang yang paling teruja untuk bercuti ni. Melangkah ke lif pun mereka dah nampak eksited sangat.
 
 
Masuk je dalam appartment, memang mata kami terbuntang luar. Senyum terukir pada bibir Mem besar Abe. Susunan perabut amat kemas dan bersih.
 


Kalau korang bernasib baik, korang boleh request untuk dapatkan bilik yang menghadap laut, seawiew gittew.
 
Ruang Tamu 
 
Ruang tamu yang super luas tau, bersih dan minimalis.


Bilik Tidur
 
Abe menginap di appartment 2 bilik. Memang luas dan selesa. Ada 2 bilik tidur dalam appartment ni. Bilik pertama ada 1 katil bersaiz queen yang empuk manakala bilik kedua ada 2 katil single.


 
Tandas
 
Tandas yang bersih. Dalam bilik tidur utama, ada 1tandas dan tandas kedua terletak di antara bilik tidur Utama dan ruang tamu.
 


Dapur
 
Korang yang nak rebus air untuk ngeteh memalam pun boleh. Yelah, beriftar kan dah berbuka di Bufet, sambil tengok tv sebelum tidur, manalah tahu kot-kot dahaga nanti bolehlah ke dapur rebus air.


Pakej Staycation Ramadan yang di tawarkan


Makanan buffet ramadan dan sahur yang disediakan memang sedap. Korang boleh baca dalam entri Abe sebelum ni, ada Abe share dengan korang. Untuk keterangan lanjut sila layari info di bawah.

Alamat: 

AnCasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.

Tempah buffet ramadan: 
06-6627288 / 013-5400634

Tempah penginapan: 


Layari media sosial

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad