Sahabat Que 'Silent Readers'

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim dari Yayasan Anak-Anak Yatim Piatu Islam Port Dickson di AnCasa Residences Port Dickson

4/19/2022 02:32:00 pm

 
Rezeki Ramadan kali ni, Abe sekeluarga sangat berbesar hati dan berpeluang untuk hadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim dari Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Islam Port Dickson di AnCasa Residences Port Dickson. Seramai 35 orang anak-anak yatim dari Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Islam daerah Port Dickson hadir bersama-sama penjaga yayasan untuk berbuka puasa anjuran AnCasa Resindences Port Dickson.
 
 
 
Kehadiran anak-anak yatim berkenaan diserikan dengan sambutan dari Encik Azrudyn Rashid; Executive Vice President/Group Cheif Operating Officer of Group Asset Management, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Baharuddin; General Manager of AnCasa Residences Port Dickson dan Encik Mohd Rajib; Operation Manager of Ancasa Residences Port Dickson.
 
 

Setelah siap ucapan alu-aluan, semua hadirin yg diraikan dijemput untuk mengambil makanan berbuka. Kelihatan masing-masing segak berpakaian baju melayu dan berbaju kurung. Comel-comel belaka.
 

Lagi gambar-gambar dan video menarik yang Abe rakam di sepanjang Majlis ini berlangsung unuk tatapan korang semua. T
erpancar wajah kegembiraan setiap dari wajah anak-anak sekalian

Alhamdulilah, majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim berjalan dengan lancar dengan buffet ramadan bertemakan "Warna Warni Ramadan" dengan suasana yang cukup meriah sekali disulami sajiannya yang cukup membuka selera.

Sebelum bersurai, Majlis disusuli dengan penyampaian cenderahati dari pihak AnCasa Residences Port Dickson kepada setiap jemputan anak-anak yatim yang hadir.

Terima kasih kepada pihak AnCasa Residences Port Dickson diatas jemputan yang penuh bermakna kepada Abe sekeluarga ni. Moga ukhwah kita akan berterusan untuk masa-masa akan datang.
 
Alamat: 
AnCasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.

Tempah buffet ramadan: 
06-6627288 / 013-5400634

Tempah penginapan: 


Layari media sosial

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad