Sahabat Que 'Silent Readers'

Bawa Balik Produk Kesihatan Apotec Untuk Ibu Tersayang Di Kampung

8/04/2020 05:41:00 pm


Meriah lain macam Raya Haji kali ni, feel dia 2x ganda tau. Yerlah, disebabkan pandemik Covid 19, semua tak dapat bergerak kemana masa raya aidilfitri lepas. Dugaan betul raya tahun 2020 ni, huhuhu... Dah kemas barang, kali ni terlebih beg pulak, hehehehe. Biasanya bawak 1 beg, kali ni kemas punya kemas, dua beg akan dibawa balik. 



Disebabkan kali ni kita semua kena berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling, kami semua extra hati-hati tau. Persiapan kali ni memang extra rapi. Baik dari segi kesihatan dan persiapan fizikal. Mask muka Abe beli sekotak tau. Mau dengan Hand Sanitizer lagi Abe bawak balik 2 botol besar, hehehe. Itu baru bab persiapan luaran. Bab dalaman, perlu persiapan rapi jugak, standby supplement apa yang patut.

Abe yg usia ala-ala masih muda ni ok lagilah sikit, tapi nak balik jumpa mak yg dah berumur 75? Abe kena extra sediakan perlindungan untuk Mak. Cegah sebelum kena, Abe akan pastikan kesihatan Mak extra lebih terjaga. 


Untuk Abe sendiri, Abe memang amalkan Apple Cider Vinegar ataupun ACV. Bila dah cecah umur 39 tahun ni, segala macam penyakit tunggu turn je untuk hinggap, hehehehe. Terutamanya kolestrol. Untuk itu, Abe awal-awal lagi dah amalkan minum ACV. Cegah sebelum kena, tak salah kan? hehehe.

Alhamdulillah, perjalanan balik kali ni tak tempuh jemmed lama. Kira biasalah memandu 9 jam daripada Putrajaya ke Kelantan. Nasib baik Abe dah rancang perjalanan elok, rujuk pada Twitter LLM, Lembaga Lebuhraya Malaysia. Senang sikit nak pantau bab kesesakan lalulintas ni. Alhamdulillah, selamat sampai. Muka mak pun ceria je. Maunya tak, anak menantu balik beraya, hehehe.

Untuk mak kali ni Abe bawa balik dua produk Apotec iaitu apotec Omega 3 Fish Oil dan Apotec Curmax Tumeric. Abe beli produk Apotec ni sebab Abe yakin dengan kehebatan produk ni. Abe dah survey lama dah, baca testimoni keberkesanannya kat media sosial terus Abe makin yakin. Tak syak lagi, terus Abe belikan untuk mak. Meh Abe story detail tentang dua produk hebat ni.

Apotec Omega-3 Fish Oil


Omega 3 Fish Oil ni bukan sahaja baik untuk orang dewasa tapi bagus untuk diambil oleh anak-anak yang sedang belajar sebab terbukti yang Fish Oil sangat baik untuk otak dan juga mata. Omega 3 Fish Oil ni Abe berikan pada Mak untuk diamalkan sebagai cara meningkatkan taraf kesihatan mak. Kebetulan pulak sebelum PKP haritu, Mak ada buat pembedahan mata, buang katarak. Abe harapkan agar mata mak akan cepat sembuh.



Antara kebaikkan Omega 3 Fish Oil ialah :

  • Menurunkan Tekanan Darah Dan Denyutan Jantung Yang Berehat
  • Meningkatkan Tahap Lipid Darah Dengan Menurunkan Tahap LDL Dan Trigliserida
  • Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular
  • Meningkatkan Kesihatan Kognitif
  • Menyokong Kesihatan Sendi
  • Membantu Meningkatkan Penglihatan
  • Sumber Omega 3 Yang Optimum

Arahan Penggunaan Dan Cara Makan:
 
Ambil 1atau 2 softgel setiap hari selepas makan atau ikut saranan doktor atau ahli farmasi.


Apotec Curmax Tumeric 


Produk ni diekstrakkan daipada khasiat kunyit. Ia kaya dengan bahan antioksidan , kunyit juga ada fungsi menyembuhkan luka dari dalam. 





Kebaikan Tumerix Curmax dan siapakah yang patut amalkannya?


 1. Untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan sel & meningkatkan ketahanan (imunisasi) badan.

 2. Mereka yang menderita sakit sendi (osteoartritis dan rheumatoid arthritis).

 3. Mereka yang menderita sakit otot dan neuropatik.

 4. Mereka yang ingin mencegah dari penyakit kardiovaskular.


Arahan Penggunaan Dan Cara Makan:
 
Ambil 2 kapsul sekali sehari selepas makan atau ambil 1 kapsul dua kali sehari selepas makan.


Mak happy, Abe sekeluarga pun Happy...




Tawaran Hebat dari Apotec


Apotec tawarkan harga diskaun istimewa untuk pembelian bundle kombo 3 produk APOTEC diatas.



Bukan senang nak dapat harag promo macam ni. Beli cepat sebelum kehabisan. Nah, cepat beli. Klik je info kat bawah ni.




Facebook : Apotec Malaysia

Instagram : @apotecnushine



#apotec #yourhealthwecare #recomendedbypharmacist

You Might Also Like

1 comments

  1. alhamdulillah, semoga mak abe diberikan kesihatan berterusan

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad