Sahabat Que 'Silent Readers'

Pengalaman Makan Minyak Zaitun Al Ard

9/30/2020 06:10:00 pm


Kenapa Minyak Zaitun Al’Ard Extra Virgin Olive Oil Jadi Pilihan Abe?

Amalan mengambil minyak zaitun dapat mengurangkan risiko barah, mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda. Tak dinafikan bukan semua orang boleh consume minyak zaitun secara direct. Mungkin sebab rasanya dan yang pasti sebab minyak zaitun belum dibudayakan sepenuhnya dalam masyarakat kita.

Tapikan kalau betul-betul menjiwai khasiat minyak zaitun sebagai quranic food yang Rasulullah SAW sendiri anjurkan, memang kita bertabah jugaklah untuk amalkan. Kene kreatif dan pikir cara makan minyak zaitun sampai kita bole rasa nikmatnye dalam setiap suapan.

Minyak zaitun adalah Super Food yang memang superb. Sayang kalau ditinggalkan hanya kerana kita tak tau cara makan minyak zaitun yang sesuai dengan citarasa kita!

Rasulullah SAW bersabda :
“Makanlah minyak zaitun, dan berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tarmizi)


Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Untuk Kesihatan
  • Hasil dari ladang zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine
  • Minyak zaitun diproses dan dibotolkan mengikut ‘Standard & Piawaian International Olive Oil Council’
  • Buah zaitun dari pokok tua berusia sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine
  • Menghasilkan minyak dengan kandungan khasiat antioksidan yang lebih tinggi
  • Minyak zaitun extra virgin adalah dari perahan pertama – cold pressed
  • Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS serta pengiktirafan Fairtrade
  • Pilihan buah zaitun terbaik dan diproses pada hari yang sama
  • Minyak zaitun terbaik awal musim atau “EARLY HARVEST”
  • Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri
  • Kandungan Acidity rendah kurang dari 0.5%

Banyak lagi khasiat minyak zaitun yang korang kena tahu. Antaranya:
  • Sapuan minyak zaitun bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah dan  melindungi dari bakteria.
  • Mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala.
  • Kandungan asid linoleic dan antioksidan di dalam minyak zaitun membantu menyeimbangkan kelembapan wajah dan melambatkan proses penuaan. Rawatan terbaik adalah dengan mencampurkan 2 sudu besar minyak zaitun, 1 sudu besar jus lemon dan secubit gara.
  • Cara mudah melalui urutan di wajah. Gosok dengan lembut pada muka yang agak kering dan kasar. Gabungan jus lemon dan garam berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati dan membuatkan muka korang akan lebih bersih dan berseri.
Amalan minum minyak zaitun mampu menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid dan masalah masalah yang berkaitan dengan darah.



Rasa Minyak Zaitun

Rasa minyak zaitun bergantung pada orang yang rasa. Ada orang kata sedap, ada pulak yang rasa pahit. Ada jugak yang kata rasa lemak. Yang pastinya ia berminyak.

Tapikan tak ramai org boleh rasa nikmat “sedap” ni.  Sebelum ni Abe pun memang tak sanggup nak consume minyak zaitun secara direct. Sekarang Alhamdulillah. Hampir setiap pagi dah jd rutin satu sudu minyak zaitun.

Cara Makan Minyak Zaitun

Apapun yang penting sebelum kita nak ajak orang lain beramal dengan minyak zaitun, ia perlu dimulakn dengan diri kita sendiri. So lets change. Caranya mudah, awal2 tu kita perlu tukar mind setting. Buat study sikit tentang kelebihan, khasiat dan kenapa perlu sangat beramal dengan minyak zaitun.

Dengan ilmu yang ada, insyaALLAH kita lebih terbuka untuk cuba. Ok dah sedia?? Senang je cara makan minyak zaitun.

Cara Pertama Makan Minyak Zaitun

Ambil 1 sudu makan minyak zaitun dan suap ke mulut kemudian lalukan dengan air suam. Cara ni sesuai bagi anda yang sudah biasa mengambil minyak zaitun.

Cara Kedua Makan Minyak Zaitun

Ambil 1 sudu makan minyak zaitun dan suap ke mulut kemudian lalukan dengan air yang dah dicampurkan dengan madu.

Cara buat air madu – Ambil separuh cawan air lebih kurang dalam 100ml dan campurkan dengan 1 sudu madu asli. Dan kacau. Cari madu yang asli ye.

Cara Ketiga Makan Minyak Zaitun

Dalam sudu yang sama campurkan minyak zaitun dan madu. Kemudian minum. Ni paling senang. Dapat kan?

Pengalaman Makan Minyak Zaitun Dengan Anak-anak

Teknik nak makan bagi kita dan pasangan just apply yang sama di atas. Tapi untuk anak2 pulak kita perlu add on tips n tricks yang boombastik sikit. Bergantung pada personaliti anak kita macam mane.

Kesimpulan

Terpulang apa cara pun kita nak guna, yang penting dapat amalkan. Sayang wei tak amal quranic food n sunnah. Kalau uolss ada teknik lain boleh share kat komen di bawah. Ok, jom amal. Amal dapat pahala, tak amal rugi! Bersama martabatkan Rasulullah SAW sebagai pakar nutrisi agong.

Nak beli produk Al’ Ard, korang boleh hubungi nombor ni:

013 747 6570 

Website http://www.alard.my

Facebook: Al Ard Malaysia 

Instagram @alardmalaysia

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad