Sahabat Que 'Silent Readers'

Cara Bayar Zakat Fitrah Online

5/16/2020 11:10:00 am

Kali ni Abe nak share dengan korang cara mudah untuk bayar zakat fitrah secara Online. Semuanya djhujung jari korang je. Nak lagi mudah, korang klik je link yg Abe dah sediakan kat bawah ni.



Semua bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 2020 (maghrib) sehingga pagi raya sblm solat raya.


Kadar Zakat Fitrah 2020 di Malaysia:

Selangor: RM7, RM14, RM21
WP: RM5, RM7
Johor: RM7, RM10
Perlis: RM7
Penang: RM7, RM16
N9: RM7
Perak: RM7, RM14, RM21
Pahang: RM7
Kedah: RM5, RM7, RM14, RM21
Melaka: RM7, RM14
Tranung: RM7
Klate: RM7
Sabah: RM6, RM7.50
Sarawak: RM7

Ramai yang bertanya, macam mana nak bayar Zakat jika kita tidak berakad dengan Amil Zakat, meh Abe share. Senang je caranya.


Bayar melalui EZakatpay
 
Hanya duduk di rumah, TUNAIKAN ZAKAT ANDA SECARA ONLINE melalui EZakatpay:  https://fpx.zakatselangor.com.my
 
 
i - Layari Zakat Selangor
ii - Isi Butiran Penuh Lengkap dan klik "Bayar Sekarang".
iii - Kaedah Pembayaran FPX (online Banking) atau JomPay.
iv - Buat Pembayaran Penuh
v - Simpan Resit

Bayar melalui Aplikasi E Wallet

kalau korang jenis yg lagi mesra dengan applikasi Ewallet, korang boleh jugak bayar melalui apps seperti; Boost dan GoPayz.
 

Bayar melalui Perbankang Internet

Bagi yang lebih selesa bayar guna internet banking mcm aku, korang juga boleh bayar zakat guna Maybank2u, CIMB Clicks

Aplikasi Maybank2u
 
Aplikasi CIMB Clicks


 
Pautan lain untuk membayar Zakat Fitrah secara online
 
Sebab musim PKP, majoriti negeri tetapkan BAYAR FITRAH SECARA ONLINE.

1. Selangor : fpx.zakatselangor.com.my
2. WP : zakat2u.com.my/payment/fast
3. Kedah : jom.zakatkedah.com.my
4. Perlis : bit.ly/2VMqN5L
5. Penang : bit.ly/2Ko9zqj
6. Kelantan : zakat.e-maik.my/v5/index.php
7. Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3
8. Perak : ezakat.maiamp.gov.my/v4/
9. Pahang : bit.ly/2KljrRA
10. N9 : bit.ly/3eEbyEB
11. Melaka : bit.ly/2RVHb2E
12.Johor : fitrah.maij.gov.my
13. Sarawak : bit.ly/2zmhimp
14. Sabah : bit.ly/3bucJo
 
Mudah bukan? semuanya di hujung jari je. Pelbagai platform boleh digunakan untul kita membayar zakat fitrah. Maka tidak ada alasan untuk kita sukar menunaikan Zakat Fitrah.

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad