Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong Selangor | Bersama MAHSURI

Majlis Berbuka Puasa Di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong Selangor | Bersama MAHSURI | Alhamdulillah, Abe, Isteri & Ean Rifqee sempat jugak meluangkan masa untuk Majlis Iftar di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong Selangor. Sesekali dapat merasa suasana & kemeriahan bernuka puasa beramai-ramai. Yang paling menariknya, kami dapat berkongsi rasa kesayuan berbuka bersama anak-anak yatim. Keinsafan timbul di situ, rasa kerdilnya diri ni.


Selain Abe sekeluarga, turut sama di majlis ini ialah beberapa Blogger lain. Antaranya Blogger Dkna, Blogger Kaklinda, Blogger Kakdilla & Blogger YayaCendana.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, lapan pemenang Minggu Ketiga dan Keempat pertandingan Masak dan Menang anjuran Mahsuri menyertai majlis berbuka puasa di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Petaling Jaya.


Penghuni rumah terbabit dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri. Kanak-kanak terbabit turut dihiburkan dengan persembahan badut selain menyertai permainan seperti Musical Chair, Ballon Pop dan Mencari Harta Karun Mahsuri di mana pemenang turut menerima hadiah dan hamper.

“Ketawa kanak-kanak itu bagaikan irama di telinga kita. Kita amat bersyukur kerana selama ini banyak yang kita abaikan dalam kehidupan harian. Menghabiskan masa kualiti bersama mereka dan berkongsi pengalaman buka puasa amat bermakna kepada kami dan kanak-kanak terbabit.
“Sebagai jenama pilihan Melayu yang menghargai ajaran Islam, kami sentiasa berusaha untuk berbakti kepada masyarakat terutama sempena bulan Ramadan ini,” kata Pengarah Pemasaran Mahsuri, Carmen Liew.


“Ia adalah pengalaman terbaik kepada kami untuk mengingatkan kegembiraan dan apa yang kita ada bukan hanya dalam bentuk material. Lihat saja kegembiraan mereka dengan semua permainan dan persembahan badut. Saya rasa mereka amat menghargai kehadiran kami dan melalui kegembiraan ini bersama kami. Bagi saya membuatkan kanak-kanak ini gembira adalah 'hadiah' paling besar daripada apa yang diterima dalam pertandingan ini,” kata pemenang pertandingan minggu keempat, Nurul Iyliawani Binti Shahrul Amam
Sejumlah 24 pemenang yang meraih RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka menggunakan produk Mahsuri akan melawat empat rumah kebajikan bersama kakitangan Mahsuri sepanjang tempoh pertandingan.
Antaranya adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (20 Jun), Rumah Kebajikan Baitul Hidayah (27 Jun), Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (4 Julai) dan Rumah Nur Sakinah (11 Julai).
Pertandingan Masak dan Menang bermula 28 Mei hingga 8 Julai 2015 ini mengundang orang ramai berkongsi hidangan Buka Puasa ciptaan mereka sendiri yang menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri dengan hashtag #MyMahsuri #Manis / #Pedas  / #Tiram / #Ayam.

Sumbangan dan Pertanyaan

Sumbangan ikhlas anda boleh dilakukan melalui :

Akaun Maybank : 562 777 209 784 atas nama 
PUSAT JAGAAN BAITUL HIDAYAH
S444 Lorong 9, Kampung Baru Sri Puchong,
Batu 13, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Hubungi mereka di talian:
Pejabat / Fax : 03 - 8060 0023
Puan Saadiah : 013 - 703 4658
Puan Nora : 013 - 600 2587

atau E - mailkan ke :
pjbaitulhidayah@gmail.com
pkalhidayahselangor@yahoo.com
Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook/MyMahsuri
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Public Relations – EverQuest PR

Jay Mee Chuah
Pengarah Pemasaran
Tel: +6012-2012088 / 03-78879559


Pemenang Minggu Pertama:                                                 
  1. Hidayat Bin Masduki
  2. Dayang Bt Darus
  3. Mohd Rafiq Bin Ismail
  4. Nurul Baizura Binti Basrudin
Pemenang Minggu Kedua:
  1. Mas Aini Bte Mahat
  2. Siti Noorfarawahidatun Binti Lela
  3. Muhammad Naim Bin Ahmad Safian
  4. Zurayah Binti Abd Razak
Pemenang Minggu Ketiga:
  1. Hairiati Binti Zakaria
  2. Noriah Bt Abdullah
  3. Norizakartina Binti Habas
  4. Sharon Kho
Pemenang Minggu Keempat:
  1. Rosinah Japar
  2. Che Azyumi Binti Aziz
  3. Norhajijjah bt Habas
  4. Nurul Iyliawani Binti Shahrul Amam

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts