KEMPEN #pakcikmisteri TM | Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa

KEMPEN #pakcikmisteri TM | Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa | Dalam banyak-banyak IKLAN raya tahun 2015 ni, menjadi tanda tanya Abe bila menonton teaser iklan TM di tv. Tertanya-tanya dalam benak fikiran Abe untuk Abe ketahui permulaan & penghujung iklan ni. Nak tahu punya pasal, terus Abe google di internet. Rupanya-rupanya, ianya bukan setakat iklan rayasaja, ianya LEBIH DARIPADA ITU...


Iklan ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Azura yang memang sangat berkira. Sesangat berkira nak belanja kawan-kawan. Macam-macam alasan yang Azura berikan bila tiba waktu hendak membayar harga makanan sewaktu duduk lepak bersama-sama kawan-kawannya. Sehingga akhirnya dia ditimpa kifarah menyebabkan beg duit Azura ni tercicir di kedai makan. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Bila beg duit dah tercicir, bermasalah-lah kan nak ke mana-mana kan? Nak pulang ke rumah pun duit tambang tak ada, dahlah hari dah malam, lalu pula lorong gelap...Nasiblah #pakcikmisteri ni ada untuk membantu Azura. 


"Moral of the story"... yang dapat kita petik dari Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri ni, hidup ni kita tak boleh kedekut tak bertempat dan kita sepatutnya bantu membantu sesama lain seperti yang ditunjukkan oleh #pakcikmisteri ni. Tidak kira berapa amaunnya, banyak atau sedikit... Yang penting keikhlasan kita untuk membantu.

Iklan ni pun bukan sekadar nak sampaikan ucapan Selamat Hari Raya jer kepada semua, tetapi Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri ini adalah iklan yang berupa kempen kebajikan yang dianjurkan oleh TM untuk membantu beberapa pertubuhan yang memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan mereka, Di antaranya adalah Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, A Munrah Pendang Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Komuniti Digital TM). 

Sempena Bulan Syawal yang mulia ini, jom kita meluangkan masa untuk menghulurkan bantuan dengan KLIK je. Senang je tau... Kempen kebajikan yang dianjurkan oleh TM ini tidak memerlukan korang untuk mengeluarkan wang ringgit korang atau tenaga korang. Apa yang diperlukan adalah cuma masa korang untuk KLIK dan secara automatiknya, sumbangan korang telah pun disalurkan. Ni Abe tunjukkan caranya, caranya adalah main klik-klik je.

Dah bersedia? Jom?

Cara-Caranya:

1. Pergi ke laman web https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/

2. Kemudian, sila tekan "JOM MULA"...


3. Macam main "game"klik je mana yang korang rasa perlu klik. Ni contohnya Abe tunjuk kat korang... Abe pinjam gambar ni drp Blogger Farah Waheda... Tq yer Farra


4. Apa yang perlu dilakukan adalah bantu Azura menyelesaikan beberapa tugasan. Ianya semudah ABC, Jom menyumbang... Selamat main game & selamat beramal...

Jangan lupa untuk menyumbang sila lawati https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/



Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Nurul said...

La ye ke..rupanya iklan kat tv tu rupanya teaser. Saya pun mula-mula macam blur bila tengok iklan ni, tak bleh nak kaitkan azura dengan pakcik misteri tu.

Nasib baik baca entry ni :)

Azwans said...

Satu masa dahulu semua syarikat gergasi ni berlumba - lumba buat iklan raya yang grand. Iklan petronaslah yang paling aku minat. TM pun tak kurang menariknya. Sehingga iklan sedekian menjadi trendy dan sering diucap atau diulang oleh kanak - kanak. Iklan yang menyentuh jiwa

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts