[KISAH NYATA KISAH BENAR] Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA, Manakala... | Anak Anak Pula… Hurmm

[KISAH NYATA KISAH BENAR] Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA, Manakala... | Anak Anak Pula… Hurmm | Kisah ini adalah kisah benar yang menjadi realiti bagi sebahagian dari masyarakat kita…

masa-tua-suram

Semoga kita muhasabah diri dan berdoa agar jadi anak yang soleh solehah sehingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah…
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni:

“Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye”…(sambil bersalam)

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

“Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak”.

Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, yang bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7@8k sebulan dan isteri dia pun bekerja…cikgu.

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya pun buat-buat tanya..”Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?”

Dia pun menjawab dengan jujur: ” Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup..tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun. Mereka bagi Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan.”

Saya terdiam…xnak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya…kenapa berkira sangat dengan seorang ayah? Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit di usia senja mereka.

Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka dapat…kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar….(Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah)

Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu ayah kalian sewaktu mereka masih ada, menyesal kemudian..dah tak berguna lagi. Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang susah, tapi berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian beroleh kerjaya yang hebat-hebat belaka. Berilah peluang untuk ibu ayah merasa hidup senang sikit. Mereka nak tinggalkan kalian tak lama dah.

sumber: GuaBlog.com

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Anonymous said...

gaji 7@8 k..bg rm50 sebulan...ya Allah bukakanlah hati anak2 pakcik ni untuk melihat kebenaran...jauhkanlah mereka dr menjadi anak yang derhaka..

Anonymous said...

Betul tu bro,ayah saya tak pernah meminta duit dari saya. Dia dah meninggal dunia ketika umurnya 72 tahun. Terbaca cerita ni sedih pula rasanya.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts