[INFO] Jam Tangan James Bond | Dibeli Pada Harga RM612.364
5/24/2015 09:00:00 am
[INFO] Jam Tangan James Bond | Dibeli Pada Harga RM612.364 | GENEVA, Switzerland – Seutas jam tangan Rolex yang 
dipakai oleh Roger Moore sebagai ejen perisik James Bond dalam filem 
Live and Let Die dijual pada harga 176,917 euro (RM612,364) dalam satu 
lelongan di sini kelmarin.

Jam tangan itu dilengkapi dengan gergaji yang boleh membuat putaran 
dan digunakan untuk memotong seutas tali bagi menyelamatkan Solitaire 
yang dilakonkan oleh Jane Seymour daripada menjadi mangsa ikan jerung 
yang lapar dalam filem tersebut.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Medan magnet yang terlampau aktif pada jam itu digunakan untuk membantu Moore mengelak terkena peluru.
Namun, medan magnet tersebut sebaliknya digunakan perisik tersebut 
untuk menurunkan zip seorang wanita pada permulaan filem keluaran 1973 
itu.
Lelongan itu turut menampilkan seutas jam tangan emas berwarna merah 
jambu buatan tahun 1968 oleh pembuat jam Switzerland, Patek Philippe 
yang mencatat harga jualan 21.2 juta euro (RM90.8 juta).
Moore yang kini berusia 84 tahun pernah berlakon dalam tujuh filem James Bond bermula pada tahun 1973.
Kali terakhir dia membawa watak ejen perisik yang memiliki lesen 
untuk membunuh itu ialah menerusi filem A View to a Kill pada tahun 
1985. – Agensi


0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"