[TERKINI] 7 Cara Kemas Mainan Anak | Guna Teknik Psikologi

[TERKINI] 7 Cara Kemas Mainan Anak | Guna Teknik Psikologi | Berbuih mulut ibu-bapa suruh anak kemas mainan yang bersepah.

cara-kemas-mainan-anak-ajar-teknik-psikologi-750x375

Rasanya, sudah menjerit banyak kali. Namun, anak buat tidak tahu sahaja. Bagaikan tidak takut dengan hukuman.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Adakah anda salah seorang daripada ibu-bapa ini? Mari cuba tips ini.

1. Berlumba dengan anak

Senang cerita, ‘Race against time’. Jadikan ia satu cabaran, ‘Time-bound challenge’. Sifat kanak-kanak memang suka berlumba. Gunakan ‘stopwatch‘ dan mula berlumba dengan anak. Siapa yang siap kemas dulu, dia menang!

2. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan

Dengan kata lain, ‘Make it fun’. Kalau kemas kapal terbang, buat bunyi kapal terbang sambil gerak tangan memasukkannya dalam bekas mainan. Kalau kemas lori, buat bunyi lori. Tukarkan daripada suasana tegang kepada suasana yang menarik. Jadikan satu permainan.

3. Janji main lagi

Pertama sekali, main dengan anak dulu. Bila mahu kemas, kemas sama-sama. Mungkin anak sedih kalau kita kata mahu berhenti. Masa inilah kita boleh cakap, “Kita kemas dulu ya. Mama janji, nanti mama main sama-sama lagi. Okay?”

4. Puji susunan mainan anak

Walaupun berterabur dan masih lagi bersepah, asalkan ada dalam bekas mainan itu, puji anak dengan bersungguh-sungguh. “Pandainya abang kemas toys. Cantiknya. Macam inilah anak mama!”, sambil peluk anak. Anak akan tersenyum dan rasa gembira kerana dipuji. Secara tidak langsung, jadi motivasi pada dia untuk kemas pada masa akan datang.

5. Sentuhan terakhir

Kadang-kadang, anak tidak mampu kemas sendirian. Sebab itu dia malas kerana terlalu banyak untuk dikemas. Biar ibu-bapa buat lebih banyak dari anak, asalkan dia belajar sesuatu. Apa kata ibu-bapa tolong 80% dan anak buat 19%. Lagi 1% bagaimana?

Masa inilah yang paling kritikal. Buat anak rasa dirinya juara kerana dia yang buat sentuhan terakhir. Dia yang buat ‘finishing‘ kemas permainan itu! Secara psikologi, bagaikan dia yang kemas semuanya 100%.

6. Rumah mesti kemas

Kalau mahu suruh anak kemas, pastikan persekitaran kita kemas. Bukan kemas sehingga tiada habuk langsung, cuma asalkan elok dipandang mata. Bayangkan kalau bantal masih lagi bersepah di sofa di ruang tamu, bagaimana anak ingin kemas permainan di sudut rumah. Dia akan nampak, “Rumah pun mak aku tak kemas, nak suruh aku kemas toys pulak”.

7. Main tarik tali

Kalau tidak kemas, kita akan ambil atau bagi orang lain. Ini biasanya hanya boleh digunakan untuk anak kecil 1-4 tahun. Setelah besar, dia tidak akan peduli. Cuba guna teknik 1-6 di atas.

Jika ingin gaya komunis, buang betul-betul dalam tong sampah buat pengajaran! Tentu dia sedih dan tidak akan buat lagi.

Akhir kata, paksaan dan meninggikan suara tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena kreatif dalam cara kemas mainan anak. Gunalah teknik psikologi

Selamat mencuba!

sumber: GuaBlog.com

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts