GALI KUBUR ADIK TUNTUT KEADILAN | Nilai: “Kami syak adik saya dibunuh, bukan meninggal dunia akibat kemalangan seperti didakwa sebelum ini.
Kami cuma mahu menuntut keadilan bagi pihak arwah dan membela kematiannya,” kata Azizah Abdullah, 45, yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jijan Tengah, di sini, semalam, selepas penggalian semula kubur adiknya, Fazil, 37, berikutan kematiannya dipercayai ada unsur jenayah.
Proses penggalian kubur berkenaan mengambil masa kira-kira sejam bermula jam 2.50 petang. Menurut Azizah, adiknya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya pada 24 Disember lalu, kira-kira jam 4.10 petang selepas terbabit kemalangan sehari sebelumnya di Jalan Kampung Lembah Paya, Salak, Sepang, Selangor.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni



