Gegendang Telinga KOYAK Akibat DITAMPAR BEKAS SUAMI | Pasir Puteh: “Saya bersyukur dengan keputusan yang memihak kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak menyimpan dendam terhadapnya,” kata seorang penjawat awam, Aida Rohayu Mohamad, 39, selepas Mahkamah Sesyen Pasir Mas, dekat sini, membenarkan tuntutan saman terhadap bekas suaminya di sini, semalam.
Dalam keputusan itu, Hakim Irwan Suainbon, memerintahkan Sakri Latif, 43, membayar ganti rugi am dan khas berjumlah RM30,002 kepada bekas isterinya itu selepas membenarkan saman plaintif terhadap lelaki itu yang didakwa menamparnya hingga gegendang telinganya koyak pada 2007. Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bersyukur kerana perjuangannya untuk mendapatkan kebenaran di mahkamah akhirnya menemui kejayaan. Aida Rohayu berkata, dia terpaksa memfailkan saman berkenaan terhadap bekas suaminya selepas hampir lima tahun kejadian itu berlaku selain mendapati kecederaan yang dialaminya berada tahap teruk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
.jpg)

