Pengguguran NASHARUDDIN MAT ISA daripada Majlis Syura Ulama PAS Tidak Beri KESAN PADA PENGUNDI | Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat Ahli Parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.