Sahabat Que 'Silent Readers'

RM500,000 Berjaya Dikutip Di Kejohanan Golf Amal 2023 Anjuran RMHC Malaysia

10/03/2023 05:51:00 pm

Kejohanan Golf Amal 2023 di Tropicana Golf and Country Resort Anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia raih RM500,000 untuk Kanak-Kanak Yang Kurang Berkemampuan di Malaysia.


Pada 21 September 2023 yang lalu, telah berlangsung satu majlis penyampaian geran selepas Kejohanan Golf Amal 2023 di Tropicana Golf and Country Resort Anjuran  Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia diadakan untuk mengumpul dana bagi program untuk Kanak-Kanak Yang Kurang Berkemampuan di Malaysia.

Ianya adalah satu usaha murni dalam mengumpul dana buat insan-insan yang tidak berkemampuan, barangkali untuk anak-anak kita juga. Kejohanan Golf Amal tersebut telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk program tersebut.

Kejohanan Golf Amal 2023 didedikasikan untuk menyumbangkan beg sekolah kepada 10,000 kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh negara. Beg tersebut mengandungi pakaian seragam dan kasut sekolah, serta keperluan sekolah yang lain bagi membolehkan mereka memulakan tahun persekolahan bahari dengan penuh keyakinan.

Kejohanan golf tahunan, yang kini dalam edisi ke-30, memberi tumpuan kepada mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka yang memerlukan. RMHC Malaysia berhasrat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, sejajar dengan teras teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia) merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia :-

“Kejohanan Golf Amal tahunan ini sentiasa menjadi asas kepada komitmen teguh kami untuk menjana impak yang mendalam dan berkekalan dalam kehidupan kanak-kanak kurang berkemampuan. Kami sungguh teruja dan terharu untuk menyaksikan pencapaian penting ini direalisasikan” 

“Ia menekankan dedikasi kami terhadap tujuan murni tersebut dan mengukuhkan keazaman kami bagi meneruskan misi kami untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan positif buat komuniti Belia dia Malaysia”  

Sejak tahun 2017, RHMC telah memperuntukkan hampir RM10 juta untuk Program Pek Kembali Ke Sekolah, sekali gus memberi impak positif kepada kehidupan hampir 160,000 kanak-kanak di seluruh negara. Inisiatif ini merupakan antara empat program utama disokong oleh RHMC Malaysia yang merangkumi tiga teras utama iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.


RMHC Malaysia Menyediakan Geran Perubatan Kepada 5 Tabung Kebajikan Hospital Terpilih  

 
Pada majlis tahun ini lebih istimewa dengan penyampaian geran perubatan kepada empat tabung kebajikan di hospital terpilih iaitu :- 

  • Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), 
  • Hospital Tabung Pesakit Universiti Sains Malaysia (HUSM), 
  • Hospital Tabung Pesakit Tunku Azizah (HTA) 
  • Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM.
  • PPUMCare, Pusat Perubatan UM
Geran ini akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 1 hingga 18 tahun, yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan perubatan, atau untuk membeli peralatan perubatan atau ubat-ubatan.“Kehidupan setiap kanak-kanak adalah penting dan RMHC Malaysia berusaha untuk membantu seramai mungkin keluarga yang kurang bernasib baik dalam meningkatkan kesihatan anak-anak mereka.

Kami berharap dana itu dapat meringankan beban kewangan keluarga di samping memenuhi keperluan perubatan mereka,” kata Dato’ Azmir.


"Penyampaian geran perubatan pada Kejohanan Golf Amal setakat ini telah menyumbangkan lebih RM750,000 geran perubatan sejak 2018 dan kami tersentuh hati bila menyaksikan impak positif terhadap kehidupan lebih 200 kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan dan peralatan perubatan serta ubat-ubatan. ia mengukuhkan kepercayaan kami terhadap kuasa usaha kolektif untuk membawa perubahan positif kepada komuniti kita" - tambah Dato' Azmir Jaafar


Tentang RMHC Malaysia

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan meyokong program-program yang mempu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC Malaysia mengendalikan empat program utama dalam menyokong teras teras mereka iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Hadiah Senyuman (Gift Of Smile) dan program 'Kembali ke Sekolah'. Dalam tempoh 32 tahun yang lalu, RMHC telah memberi kesan positif kepada lebih 100,000 kehidupan kanak-kanak dalam bidang kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM40 juta.

Dana untuk program dikumpul melalui kemurahan hati penderma individu melalui kotak syiling yang terletak di Restoran McDonald's dan daripada tajaan dan sumbangan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.


You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad