Sahabat Que 'Silent Readers'

Peranakan & BBQ Buffet Dinner Di The Munch Restoran, AMES Hotel Melaka

10/13/2022 10:59:00 pm

Kali ni Abe nak share dengan korang tentang Peranakan & BBQ Buffet Dinner Di The Munch Restoran AMES Hotel, Melaka. Minggu lepas Abe sekeluarga sempat bercuti 3 hari  malam kat Ames Hotel, Melaka. Sesaja je tukar angin, tukar enviroment mmod asyik duk di rumah je, sesekali bercutilah. Release tensyen dan bawak family jalan-jalan kat Melaka.
 
 
Sekarang AMES Hotel menyediakan makanan Peranakan & BBQ Buffet Dinner di restorannya The Munch. Peranakan & BBQ Buffet Dinner ini disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 6.30 petang sehingga 10 malam. 


 
Chef Ang Sabri dan pasukan chefnya telah mencipta menu seperti Nyonya Style Fried Rice, Udang Masak Lemak Nenas, Ayam Pongteh, Daging Rendang Nyonya. Acar Awak, Kupang Goreng Cili Bawang, Ikan Siakap Cili Garam, Kailan dan Bawang Putih dan Chicken Lasagne. Taknak cerita banyak, nah Abe tempek gambar-gambarnya. Korang tengok sendirilah betapa sedapnya semua masakan yg ada untuk Buffet Dinner ni.
 

Gambar yang Abe tempek kat atas ni merupakan Menu-Menu utama untuk Peranakan & BBQ Buffet Dinner ni. Sedap semuanya, serius Abe cakap. Selain menu utama seperti di atas, menu-menu lain ialah seperti Pizza Rendang Ayam Nyonya, Ayam Lobak dan Otak Otak Roll, Nyonya Kerabu Pomelo dan Rojak Buah & salad

 
Ada juga menu seperti Udang Sejuk dan Kerang, Ayam Perap Portugis, Ikan Bakar Portugis dan Sotong
 
 
Peranakan & BBQ Buffet Dinner ni sah sehingga 22 Oktober 2022 sahaja. Korang bolehla bawa kawan-kawan, rakan sekerja, keluarga makan buffet dekat The Munch AMES Hotel ni. Terbuka kepada semua.
 
 
Harga Peranakan & BBQ Buffet Dinner
RM 98 untuk Dewasa
RM 60 untuk Kanak-kanak ( 6-11 Tahun) dan Senior Citizens ( 60 tahun ke atas)
 
Untuk tempahan, korang boleh contact 60126982957 atau email: dine@ames-hotel.com. Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan AMES Hotel atau tempahan boleh contact 06-318 3999 atau layari 

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad