Sahabat Que 'Silent Readers'

Tampil Kurus Dengan Kitsui Coffee Xslim Shape

10/25/2021 05:01:00 pm

 
Hari ni Abe nak story pasal satu produk ni, dah seminggu lebih Abe minum Kitsui Coffee XSlim Shapez, memang Abe dapat rasakan perbezaan. Yerlah, benda yang bagus, apa salahnya Abe kongsikan dengan semua. Yer dak?
 
Seperti yang semua tahu, Abe ni penggemar kopi. Dalam sehari nak tak nak, Abe kena minum secawan kopi. Biasalah, dalam mencari rezeki harian, kadang kala mata ni kerap je mengantuk. So, apa lagi Abe ambil langkah yang biasa untuk hilangkan mengentuk dengan secawan kopi. Tup-tup, ianya dah jadi rutin harian Abe. 
 
Setelah direkemenkan oleh kawan, Abe diperkenalkan dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez ni. Kitsui Coffee Xslim Shapez ni formula terbaru dari Korea. Bila baca bahan-bahannya iaitu kopi untuk kurus, terus Abe tertarik, hehehehehe.

Kitsui Coffee Xslim Shapez Bebas Dari Bahan-Bahan Berbahaya

Bahan-Bahan Berbahaya
 
Kebanyakan produk kuruskan badan di pasaran mengandungi bahan-bahan yang berbahaya dan tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Korang yang nak kurus boleh consume Kitsui Coffee Xslim Shapez tanpa risau menjejaskan kesihatan kerana ianya bebas dari bahan terlarang. Ia tiada hormon, bahan pengawet, gluten, GMO, antibiotik dan bahan kimia. Kitsui Coffee Xslim Shapez telah memenangi pelbagai Anugerah Antarabangsa antaranya dari Asia Pacific Super Health Brand dan Asia Halal Brand Awards 2019.

Ciri-Ciri Kitsui Coffee Xslim Shapez

Kitsui Coffee Xslim Shapez merupakan sejenis minuman untuk membantu menurunkan berat badan. Ianya merupakan cara semulajadi yang hebat untuk badan yang lebih ideal, bertenaga dan sihat. Antara ciri-ciri yang perlu korang tahu tentang Kitsui Coffee Xslim Shapez ini adalah : 

• Formula terbaru dari Korea. 
• Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. 
• Boleh mengecilkan double chin, lengan dan peha. 
• Ramuan yang hebat iaitu menggunakan KOREAN GINSENG.
• Ianya Halal.
• 1 kotak mempunyai 17 sachet. 
• 1 sachet seberat 15 gm.
• 1 sachet 29 kalori. 
• Kesannya dapat dilihat selepas 7-14 hari penggunaan. Bergantung pada metabolisme badan masing-masing. 
• Tidak rasa berdebar jika minum.
 

Siapa yang Perlu Minum Kitsui Coffee Xslim Shapez? 

Korang yang mempunyai masalah kat bawah ni, harus amalkan Kitsui Coffee Xslim Shapez ni :

• Berlebihan lemak di bahagian leher, lengan tangan, perut dan peha kaki. 
• Berat badan bertambah setiap bulan. 
• Selera makan yang kuat. 
• Badan cepat letih dan lesu. 
• Tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
• Kuat berdengkur. 
• Kurang bersenam atau tidak bersenam.

Kitsui Coffee Xslim Shapez Formula Terbaru Dari Korea

Apakah yang membuatkan Kitsui Coffee Xslim Shapez lain daripada kopi kurus yang ada di pasaran dan dapat membantu korang turunkan berat? Ini adalah kerana bahan kandungan yang digunakan adalah merupakan formula terbaru dari Korea. Kandungan di dalam Kitsui Coffee Xslim Shapez ini mengandungi : 

Korean Ginseng 
 
Banyak digunakan untuk menguatkan sistem imun dan melawan keletihan badan, terutama pada orang yang mengalami sindrom kekurangan tenaga. 
 
Membantu meningkat fokus mental korang. 

Green Coffee Bean
 
Ekstrak serat dari biji kopi hijau adalah sangat tinggi dengan antioksidan, membantu meningkatkan tenaga seluruh badan dan menyokong kesihatan otak.
 
Ekstrak biji kopi hijau dapat membantu menjaga berat badan yang sihat bersamaan dengan diet dan senaman yang betul.
 
Serbuk ekstrak biji kopi hijau diperbuat dari biji kopi mentah yang ditanam secara semulajadi dan kemudian menggunakan suhu yang rendah diekstrak tanpa alkohol.

L-Carnitine
 
L-Carnitine mengurangkan lemak dan meningkatkan metabolisme. Dengan tahanp L-Carnitine yang lebih tinggi, badan korang menjadi lebih cekap dalam membakar lemak. Ini bukan sahaja mengurangkan jumlah lemak yang disimpan oleh tubuh korang, tetapi juga membantu mengurangkan lemak perut, jenis yang mengelilingi organ penting korang dan berpotensi menyebabkan penyakit hati berlemak dan keadaan kesihatan yang serius.
 
L-Carnitine memberikan peningkatan metabolisme korang. Metabolisme yang lebih berkesan membantu program penurunan berat badan korang kerana korang akan meningkatkan jumlah kalori yang dapat korang bakar walaupun pada waktu rehat.

Hoodia
 
Hoodia adalah ekstrak tumbuhan semulajadi yang dapatmembantu mengurangkan selera makan. Dengan pengambilan makanan yang kurang bermakna pemakanan kalori adalah rendah seterusnya dapat membantu menurunkan berat badan. Ianya merupakan sejenis tumbuhan seperti kaktus yang tumbuh di Afrika Selatan, Botswana, Namobia dan Angola. 

 

Kelebihan dan Keistimewaan Kitsui Coffee Xslim Shapez sebagai Produk Turunkan Berat Badan

• Mengurangkan jumlah lemak yang disimpan oleh tubuh terutamanya di bahagian perut, peha kaki, lengan tangan dan leher. 
• Membantu mengekalkan dan meningkatkan kecergasan dan tenaga badan sepanjang hari serta meningkatkan fokus mental.
• Mengawal selera makan bermakna pemakanan kalori yang rendah. 
• Peningkatan metabolisme dapat bantu untuk membakar kalori dengan lebih cepat walaupun pada waktu rehat.

Cara Minum Kitsui Coffee Xslim Shapez

• Consume Kitsui Coffee Xslim Shapez sehari satu sachet setiap pagi sebelum korang memulakan aktiviti harian. 

• Cara pengambilannya mudah je. Campur 1 sachet Kitsui Coffee Xslim Shapez dengan 150ml air suam atau air sejuk. Bancuh dalam shaker atau cawan. 

• Shake atau bancuh menggunakan sudu. Kacau sampai sebati. 

Tiada Sibutramine Dalam Kitsui Coffee Xslim Shapez

Sibutramine adalah bahan larangan dari pihak Kementerian Kesihatan dalam ubat kurus. Berdasarkan data daripada kajian Sibutramine on Cardiovascular Outcome Study, penggunaan sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat sibutramine.

Telah terbukti Kitsui Coffee Xslim Shapez tiada kandungan sibutramine selepas ujian makmal dilakukan. Ianya diperbuat daripada 100% bahan HALAL semulajadi dan tiada bahan larangan.
 

Kitsui Coffee Xslim Shapez Produk Testimoni :

Nah Abe share review testimoni bagi Kitsui Coffee Xslim Shapez dari beberapa pengguna yang lain.


Teringin Nak Turun Berat Tanpa Perlu Pantang Makan Dan Bersenam? Kitsui, Cantik Semulajadi!

Kitsui Coffee Xslim Shapez ini diformulasikan secara unik untuk korang dengan ramuan halal semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan gaya hidup moden harian korang. Korang yang nak slim, shape kan badan dan turunkan berat dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez ini, boleh ke website atau sosial media diorang. 

Kitsui Ramuan Semulajadi untuk Anda! 

Korang boleh dapatkan Kitsui Coffee Xslim Shapez ni di Shopee. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi diorang melalui media sosial :

Instagram : 

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok : 

Website : 

#Kitsui #Kitsuimalaysia #Kitsuilovers #kesihatan #shopeemy #kitsuicoffeexslimshapez #kuruskanbadan

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad