Sahabat Que 'Silent Readers'

Kolaborasi Terkini PG Mall dan Grab Express - Barang Di Hantar Pada Hari Yang Sama

9/14/2021 02:00:00 pm


 
Assalamualaikum. harini Abe nak story kat korang semua tentang satu platform untuk kita shopping iaitu PG Mall. godek punya godek Mr Gugel & FB, abe terjumpa portal PG Mall ni. Hasil carian, meh Abe perkenalkan dekat korang serba sedikit tentang PG Mall.

Di PG Mall, kita boleh shopping macam-macam. Ada groceries, health & beauty, fesyen lelaki & perempuan, barangan kanak kanak & baby, barangan elektronik, barangan sukan & banyak lagi! Boleh dikatakan semua ada dekat PG Mall. Menarik bukan? Meh Abe story lagi...

Paling penting, PG Mall adalah e-commerce platform nombor 1 di Malaysia. Satu satunya local e-commerce di Malaysia. Kalau tak caye, korang boleh rujuk sini tau.

Keistimewaan PGMall 

Untuk pengetahuan korang semua, PG Mall memang banyak sangat promosi & keistimewaan. Dekat bawah ni ada lagi kempen yang sedang berjalan di PG Mall sekarang. Jom serbu.. 
 

Kolaborasi PG Mall dan Grab Express

Sekarang PG Mall berkolaborasi dengan Grab Express di dalam usaha memberi nilai tambah perkhidmatan kepada rakyat Malaysia iaitu perkhidmatan penghantaran ekspress (express delivery service).

Ini adalah kerana permintaan terhadap penghantaran pada hari yang sama barangan dipesan semakin meningkat sejak Malaysia berdepan dengan pandemik Covid19 yang masih belum tahu bila dapat dikekang secara menyeluruh.

Bagi fasa pertama kolaborasi ini, penghantaran GrabExpress akan tersedia kepada semua penjual dan pembeli di dalam kawasan Lembah Klang.

Pembeli boleh menempah barangan dan bungkusan mereka akan dihantar pada hari yang sama. Bagi penjual dan pembeli yang berada di luar Lembah Klang, perkhidmatan penghantaran ekspress ini akan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2022.

Berita yang lagi best adalah bagi promosi pelancaran kolaborasi ini yang menawarkan diskaun penghantaran sebanyak RM 12 (RM12 OFF delivery).

 
Jadi apa tunggu lagi jom dapatkan barangan dan produk keperluan harian korang di www.pgmall.my. Memang berbaloi dan penjimatan berganda-ganda!

Keterangan lanjut mengenai PGMall boleh layari;
Facebook: PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my 
Tiktok: PG Mall

Jom membeli belah di PG Mall!!
 
#PGMall 
#onlineshopping
#shopping
#MalaysiaNo1ecommerceplatform
 #ecommerceplatform
 #Shopnow 
#Shoponline
 #Grabexpress

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad