Sahabat Que 'Silent Readers'

Tertarik Servis Pemeriksaan Mata Secara Detail Di OPTOM Eyecare, Bangi

4/24/2021 10:50:00 am

Dalam usia dah cecah 40an ni, terasa pulak kadang-kadang mata ni alami situasi macam pedih je jarang-jarang. Kadang-kadang bila je waktu malam pulak masa Abe drive kereta, silau tu kuat sangat. Adakalanya sampai perit mata Abe duk menahan perit silau kereta depan. ni mungkin petanda yang Abe dah kena pergi buat pemeriksaan mata. 

Alhamdulillah, kebetulan pulak sehari dua ni duk berlegar dia wall Fb, ada dua tiga kawan-kawan facebook Abe rekemenkan OptoM Eyecare di Bangi. Apalagi, peluang baik ni. Nampak menarik sebabkan servis dan perkhidmatan mereka pada pelanggan. Meh Abe kongsikan dengan korang semua dulu info yang Abe dapat daripada pembacaan di blog kawan-kawan Abe.
 

Cawangan OptoM Eyecare
 
OPTOM Eyecare ada 2 cawangan. 1 di Bangi, Selangor dan 1 lagi di Mergong, Kedah. Jadi boleh lah singgah di Bangi nanti. Takpayah susah susah nak rentas negeri memandangkan tengah pandemic lagi. OPTOM Eyecare ni masih baru lagi beroperasi kat Bangi, Selangor. Yang kat Kedah tu cawangan pertama.

Apa yang menarik di OptoM Eyecare?

Paling menarik di OPTOM Eyecare ni, pemeriksaan mata yg mereka buat lebih kepada jenis klinikal. Uniknya, mereka bukan jual cermin mata semata-mata. OPTOM Eyecare lebih fokus pada kesihatan mata dan akan consult cermin mata apa yang sesuai dengan mata kita. Bukan setakat sesuai dengan bentuk muka untuk bergaya semata mata.

 

Peralatan canggih dan terkini

Kat OPTOM Eyecare ni akan tengok bahagian dalam dan luar mata kita sampai tahap darah dan sebagainya tau. Kemudian optomestris akan konsult pelanggan cara penjagaan mata. Ruangan untuk cek tahap kesihatan mata, nampak macam kat klinik cumanya khas untuk mata. Kalau kat kedai cermin mata lain, diorang cuma cek rabun dan silau. Mesin untuk tengok keadaan mata pun lain daripada tempat lain tau. Sebab tu mesin kat OPTOM Eyecare ni boleh detect mata kita sihat atau tak. Dari situ boleh tau ada kolestrol, kencing manis dan penyakit lain.

Ini contoh mata yang tinggi kolestrol

Mata yang sihat

Keadaan belakang retina mata
 
Ini pulak mata pesakit diabetis. Salur darah yang pecah boleh menyebabkan rabun. Info ni Abe baca daripada blog Ummi Nani

Ini retina mata yang sihat

Alang-alang dah nak check mata, Abe syorkan terus kalau korang syorkan terus korang spendkan sikit duit untuk buat pemeriksaan mata secara details. Ada caj dikenakan kalau nak cek mata secara menyeluruh. Berhabis sikit untuk mata sendiri juga, ok je. Details kita akan dapat tahu tahap kesihatan mata kita.

Pilihan pelbagai kacamata menarik dan berkualiti.

Selepas selesai dengan semua pemeriksaan berkaitan masalah mata tu,barulah kita akan pilih spek yang sesuai mengikut keputusan pemeriksaan. Ada banyak juga sebenarnya pilihan frame berjenama dan berkualiti di sini, malah ada pilihan kalau korang nak custom made spek sendiri mengikut bentuk muka, maklumlah setiap orang kan berbeza, ada yang kedudukan telinga ke atas sikit, ke bawah sikit, muka lebar, muka tirus, konsep ni di panggil Bespoke.

Cermin Mata Custom Made?
 

Abe ada baca pengalaman blogger Qaseh Dalia & Sue Izza pasal custom made cermin mata. Di OPTOM Eyecare je kita boleh dapatkan cermin mata mengikut citarasa kita. Mereka ada sediakan pelbagai design untuk kita pilih. Sebelum tu, kita akan dibawa ke bilik untuk dapatkan penerangan dan mereka ada satu aplikasi; namanya BESPOKE, yang boleh detect bentuk muka, kedudukan mata dan telinga, dan suggest cermin mata yang sesuai.

Ada aplikasi yang boleh bantu kita customize cermin mata kita. Dah la boleh custom made, boleh juga korang nak letak nama sendiri pada spec korang. Menarik kan? Kita boleh letak 10 huruf.

 
Mudahkan? Aplikasi tu memang akan bagi ukuran sebenar bentuk wajah. Jadi pilih je yang mana berkenan. 
 

 
Sesuatu yang eksklusif untuk mereka yang pentingkan penampilan, hiasan tambahan batu swarovski ada disediakan. Kalau jenis yang lasak, ada cermin mata yang fleksibel. Tambahan pula, mereka ada pelbagai jenis frame mengikut standard harga bermula dari RM250. Jadi jangan risau tentang pilihan yang ada. 
 

 
Kesihatan mata juga penting yang perlu kita jaga jadi blue lens dan kanta yang bertukar menjadi gelap apabila kena silau juga ada disini. Kanta ini amat sesuai kepada sesiapa yang selalu menghadap skrin ketika kerja atau kanak kanak dan remaja yang belajar.
 
Lokasi OptoM Eyecare Bangi

OPTOM Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

You Might Also Like

2 comments

  1. Terpanggil untuk buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare bila membaca artikel yang dikongsikan oleh queachmad.com. Info yang sangat berguna dan bermanfaat. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. selama nie x pernah periksa kesihatan mata.. bagus la optom bangi nie.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad