Sahabat Que 'Silent Readers'

Baju Sekolah Murah Di Pusat Pakaian Hari-Hari

12/11/2019 12:17:00 pm


Tahun depan merupakan tahun pertama EanRifqee akan masuk Pra-Sekolah. Pejam celik pejam celik, dah 6 tahun dah usia dia, sekejap je masa berlalu. Sebagai persiapan sebelum sekolah buka ni, Abe dan isteri pun survey la kat mana nak beli set pakaian dan kelengkapan sekolah untuk si EanRifqee tu. Ushar punya ushar, wife cakap dia baca good testimoni kat Pusat Pakaian Hari-Hari.



So, kami decide untuk beli je set Baju Putih Berkolar/Round Neck, Seluar Track Gelap, Stokin, Kasut Hitam dan Beg Sekolah untuk Ean, kami beli di Pusat Pakaian Hari-Hari. Lagipun hasil survey, ada banyak kedai Pusat Pakaian Hari-Hari yg berdekatan dengan rumah kami kat Putrajaya ni. Walaupun sekolah akan bukak pada awal bulan Januari ni, tak salah pun kalau kami nak beli awal kan? Beli awal-awal, takdelah nanti nak terkejar-kejar last minit.

Harga & kualiti baju dan kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Sebab murah, mudah dan antara faktor terpenting kami berbelanja  di Pusat Pakaian Hari-Hari ni adalah semua benda yang kita nak beli terutamanya barang kelengkapan sekolah ada. Tak perlu nak pening kepala masuk kedai keluar kedai yang lain. Kualiti pakaian sekolah yang dijual kat sini pun baik. Kain tebal dan sejuk. EanRifqee jenis budak yang kuat berpeluh, so kami amat berhati-hati dalam memilih material kain untuk dia. Alhamdulillah, kualiti kain baju dan seluar sekolah kat sini memenuhi citarasa kami.

Staf yang mesra

Abe bawak sekali si EanRifqee tu masa gi shopping semalam, senang boleh test saiz terus. takyah la dua tiga kali nak kena gi tukar saiz kalau salah pilih saiz. Service kakitangan kat sini memang terbaik. Once kita tanya, dorang akan terus bagi layanan mesra bantu kita untuk cari saiz. Semua promoter berikan layanan mesra sepanjang kami mencari kelengkapan Pra-Sekolah EanRifqee.



Apa yang ada di Pusat Pakaian Hari Hari?

Harga baju sekolah memang murah di sini. Korang tengok je promo iklan yang dorang buat untuk promosi kali ni. Cute je model masing-masing pakai baju sekolah pelbagai warna. Maksudnya jenis baju atau warna yang dicari memang ada dijual di sini. Korang bagitau je nak cari uniform warna apa, semuanya ada dijual di sini.



Sama je tandingan uniform yang dijual di Pusat Pakaian Hari-Hari kalau nak dibandingkan dengan kedai lain, baik dari segi ketebalan atau jahitan. Paling best dengan hanya RM65 boleh dapat full set.

Diskaun Pemegang Kad Debit atau Credit CIMB

Info terbaik untuk pemegang Kad Debit atau Credit CIMB , korang boleh dapat discount 15% sepanjang bulan Disember ni bila buat pembayaran di seluruh Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Banyak gak tu !! So, serbu segera ke 86 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh negara sekarang. Berita baik untuk orang Sarawak, Pusat Pakaian Hari-Hari akan buka 2 cawangan baru di sana tahun depan.

Tawaran menarik di Pusat Pakaian Hari-Hari

Bersempena dengan musim cuti sekolah ni, pusat pakaian Hari-Hari turut menjalankan kempen promosi hebat “Kembali ke Sekolah“, dimana melalui kempen ini pelanggan dapat menikmati beberapa tawaran menarik (sehingga 31 Disember 2019), seperti:
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM30 ke atas akan melayakkan korang menerima 1 kalender tahun 2020.
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM120 ke atas akan melayakkan korang menerima stokin putih secara percuma.
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM150 ke atas akan melayakkan korang boleh memilih sama ada ingin menerima 2 pasang stokin putih 2 pasang ataupun sepasang kasut putih.
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM200 ke atas akan melayakkan korang untuk menerima voucher diskaun Senheng bernilai RM25.
  • Dan dengan setiap pembelian yang dibayar melalui CIMB debit/kredit kad pula, akan melayakkan korang untuk menerima tambahan diskaun sebanyak 15%.

Best kan? Harga murah, kalau beli banyak dapat lagi murah.

Pada korang yang bizi, boleh juga buat pembelian secara online. Dimana melalui pembelian online ini turut melayakkan korang untuk menerima diskaun sebanyak 15% (sehingga 31 December 2019 sahaja), dan sekiranya jumlah pembelian bernilai RM50 ke atas.. penghantaran adalah percuma dengan stokin putih dan kalendar sebagai hadiah percuma.

Macam mana korang tengok di Pusat Pakaian Hari-Hari, sama jugakla uniform atau kelengkapan sekolah yang ada dalam pembelian atas talian. Uniform pelbagai size, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, pengawas sekoah, pengawas pusat sumber, beg sekolah, kasut dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.ehari.com. Ataupun untuk mendapatkan info terkini yang lebih pantas, korang kena jengah media sosial Hari-Hari sebab banyak peraduan tengah on dan sejumlah RM10,000 voucher tunai  untuk dimenangi.

Nah Abe share pautan kat bawah ni. Korang klik je:

You Might Also Like

1 comments

  1. alhamdulillah memang puas hati beli kat hari-hari :D

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad