Sahabat Que 'Silent Readers'

Bangkok Tour Package

11/15/2018 01:49:00 pm


Sekarang ni dah bulan November. Cuti sekolah dah nak mula, hanya tingal seminggu je lagi sesi persekolahan. Korang dah ada plan dah ke untuk bercuti? Korang nak bercuti kat mana? Cuti dalam atau luar negara? Meh Abe story sikit, kali ni Abe nak syorkan korang pergi bercuti ke Bangkok tau. Sebabnya, Abe pun plan nak bercuti ke Bangkok kali ni. Ahli keluarga korang pastinya teruja kalau korang nak bawah diorang bercuti kali ni, jauh ke luar negara. Pengalaman cuti sekolah untuk dorang kali ni pasti akan menjadi kenangan yang paling menarik untuk mereka. Yerlah, biasanya kan bawak seisi keluarga bercuti dalan negara je, kali ni bawak pulak ke luar negara.

Bangkok dekat je, negara jiran je. Memang tahun ni Abe plan nak bawak wife dan EanRifqee bercuti ke Bangkok. Lagipun kami bertiga belum lagi pernah ke sana. Apa lagi, bila dapat tau ada Bangkok Tour Packages yang Traveloka buat, tu bonus la pada Abe yang memang ada plan baik punya tahun ni.... Wallaaaaa...


Korang tahu tak, Traveloka sekarang ada buat pakej kombo flight + hotel. Maksudnya korang boleh buat tempahan tiket penerbangan dengan penginapan sekali dalam satu masa. Semasa korang pilih tarikh penerbangan tu, korang boleh terus pilih tempat penginapan korang sekali. Haa...amacam? Senang ke senang? Abe dah mula buka website Traveloka ni nak cari tarikh yang paling sesuai nak pergi ke bangkoki. Pastu nak pilih hotel mana yang Abe rasa menarik dan harga yang berpatutan mengikut bajet Abe. Kalau dapat tiket penerbangan dan bilik hotel dengan harga murah, dapatlah nanti shopping lebih kat Bangkok nanti.


Google punya Google, Alhamdulillah, Abe bernasib baik sebab jumpa pakej ni yang dibuat oleh Traveloka. Kebetulan Traveloka sedang membuat promosi 'Berdua Lebih Baik, Beli Sama-Sama, Jimat Sama-Sama. Beli tiket Penerbangan + Hotel boleh dapat diskaun 15% dengan diskaun maksimum sehingga RM 70 dalam satu ID Tempahan. Tapi korang kena buat tempahan antara 15 Oktober - 15 November 2018 untuk penerbangan bila-bila masa. Haa, ada masa lagi ni untuk dapatkan diskaun ni. Klik je sini untuk beli pakej. KLIK SINI

Terma dan Syarat untuk dapatkan diskaun 15% ni :

  • Promosi diskaun 15% untuk tempahan penerbangan + hotel dengan diskaun maksimum MYR 70 dalam satu ID Tempahan
  • Untuk tempahan penerbangan + hotel, kod kupon hanya sah dengan transaksi minimum RM 400.00
  • Sah untuk semua tempoh perjalanan dan penerbangan kecuali Air Asia.
  • Sah untuk semua hotel, jenis bilik dan tempoh penginapan
  • Sah untuk semua penerbangan dengan Malaysia sebagai negara pelepasan atau ketibaan
  • Sah untuk satu kali penggunaan dalam tempoh promosi
  • Diskaun sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi laman web Traveloka, laman mudah alih dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android/iOS)
  • Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi lain
  • Promosi ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan dalam MYR
  • Tempah dari : 15 Oktober - 15 November 2018
  • Tempoh penginapan :  Bila-bila masa
  • Terma dan syarat lain adalah mengikut terma dan syarat bagi kod kupon di halaman ini.

Cara Menempah Penerbangan + Hotel di Traveloka :

  • Cari Penerbangan + Hotel : Buat carian, masukkan destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan
  • Pilih Kombinasi : Pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang korang nak
  • Ubah Kombinasi : Kalau korang nak ubah kombinasi, tekan je UBAH pada penerbangan kalau korang gunakan Traveloka App. Kalau korang gunakan laman web, cuma klik UBAH BILIK atau UBAH PENERBANGAN.
  • Tempah Penerbangan + Hotel : Semaklah ringkasan perjalanan dan klik PILIH untuk teruskan. Isi butiran penempah dan pelancong. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat.
  • Pembayaran : Pilih kaedah pembayaran yang menjadi pilihan korang. Setelah bayaran berjaya, e-tiket dan baucer akan dihantar ke email yang telah korang daftarkan dalam tempoh masa 60 minit.
Mudah je kan? Semudah ABC je korang nk booking tiket flight dan hotel dengan traveloka ni. Dah lah mudah, pastu ada pulak diskaun 15%. Jangan lambat-lambat. Dah boleh mula buat tempahan sekarang sebelum tempoh promosi berakhir 15 November 2018. 

Meh Abe citer sikit pasal apa yang ada di Bangkok. takzabarrrrr nak jejak kaki ke sana dengan family tercinta...

Perkara yang perlu dilakukan di Bangkok?

Bangkok adalah salah satu daripada bandar-bandar di Asia Tenggara yang merupakan destinasi pelancongan dari seluruh dunia. Mereka akan datang ke sini untuk melawat bandar ini atau berhenti sebelum mereka pergi ke destinasi lain. Bangkok dikenali sebagai syurga membeli-belah kerana terdapat banyak pusat membeli-belah yang besar di mana korang boleh berbelanja sebanyak mungkin. Ia juga terkenal dengan harga yang sangat murah. Di samping itu, bandar ini menawarkan banyak tarikan pelancong yang menarik, sama ada untuk seni bina yang menakjubkan, seni budaya yang unik, festival yang menggembirakan, gerbang hujung minggu atau kekayaan sejarah. tempat-tempat kat bawah ni dah Abe masukkan dalam list lokasi wajib yang akan Abe sekeluarga terjah. Tq Encik Gugel sebab bantu Abe untuk dapatkan info kat bawah ni.

Wat Pho, The Reclining Buddha

Ini adalah tarikan mesti dikunjungi oleh semua pelancong yang datang ke Bangkok. Di sini para pelancong dapat melihat patung Buddha berbaring setinggi 15 meter dan panjang 46 meter. Kakinya hanya melebihi 5 meter. Semua ini ditutup dengan daun emas. Di dalam kuil ini terdapat 108 mangkuk di mana pelancong boleh membeli syiling untuk dimasukkan ke dalam mangkuk ini. Pelancong juga boleh mendapatkan sesi urut di sini.

Istana Diraja

Royal Palace adalah salah satu tarikan paling terkenal di Bangkok. Dahulu istana itu adalah kediaman Raja Thailand dan juga tempat kerajaan Thailand menjalankan tugas mereka. Istana ini mempunyai kawasan seluas 214,000 kaki persegi. Oleh itu, pelawat yang datang ke sini boleh menghabiskan banyak masa di sini.

Pasar Chatuchak

Selaras dengan imej Bangkok sebagai syurga membeli-belah, pasaran ini adalah salah satu tempat yang akan dikunjungi ketika di Bangkok. Berikut adalah kira-kira 8000 gerai yang meliputi hampir 27 ekar menjadikannya salah satu pusat membeli-belah terbesar di dunia. Ia dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad dan menghalang 200,000 pelancong datang ke sini dalam satu hari. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di sini dan ia adalah mengikut harga tempatan.

Sungai Chao Phraya

Sungai Chao Phraya adalah sungai terbesar di Bangkok. Ia adalah sungai yang bermula dari Bangkok dan mengalir ke bahagian lain di Thailand. Ramai penduduk di Bangkok bergantung pada sungai ini untuk mencari pendapatan mereka. Ramai yang bekerja dengan feri yang bergerak di sepanjang sungai ini. Pelancong boleh mengambil feri dan melihat suasana Bangkok dari perspektif yang lain. Pelancong juga boleh turun dan mengambil feri ke mana-mana perhentian di sepanjang sungai.

Muzium Nasional Bangkok

Muzium Nasional Bangkok adalah sebuah muzium yang mempunyai koleksi terbesar artefak Thai termasuk seni. Muzium ini dibuka oleh Raja Rama V untuk mempamerkan semua hadiah yang diberikannya dari pemberian ayahnya. Di samping itu, terdapat senjata Cina, permata, baju dan topeng Khon yang dipamerkan di muzium ini. Pada hari Khamis, muzium mencipta lawatan dalam Bahasa Inggeris.

Apa yang Abe hendak makan di Bangkok?

Bangkok terkenal sebagai salah satu tempat di mana para pelancong akan menikmati pelbagai makanan lezat dan murah. Pelancong boleh mencuba makanan tempatan di restoran mewah, restoran jalan atau di gerai atau pasar. Sekarang terdapat banyak kafe terbuka bagi mereka yang suka mengambil gambar sambil menikmati hidangan yang lazat.

Tom Yam Goong

Tom Yam Goong adalah sup pedas dan masam dan berasaskan sayuran dan makanan laut atau ayam dan daging. Dia sangat terkenal di Thailand. Tom Yam biasanya dipadankan dengan nasi putih tetapi kini hidangan ini diubah suai di mana ia digoreng dengan nasi atau dimakan dengan mi. Ramai orang suka hidangan ini kerana tahap rasa. Hidangan ini sempurna untuk dinikmati oleh seluruh keluarga.

Pulut Mangga

Pulut Mangga adalah pencuci mulut yang paling terkenal di Thailand. Sejak Thailand terkenal dengan mangga, mereka telah menghasilkan makanan pencuci mulut yang menggunakan buah ini. Buah mangga dipadankan dengan beras ketan. Kemudian susu kelapa akan dituangkan ke dalam beras ketan dan buah untuk membuatnya lebih menarik.

Kari hijau

Kari hijau adalah hidangan Thai yang terkenal. Dia mendapat namanya dari cili hijau yang digunakan untuk memberi warna hijau kepadanya. Ia diperbuat daripada santan dan cili hijau. Ia juga manis dan tidak pedas seperti kari biasa. Hidangan ini juga lazim dimakan bersama beras putih.

Waaaa, takzabba dah rasanya nak bercuti ke Bangkok... Jom bercuti...

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad