Sahabat Que 'Silent Readers'

Promosi Gempak Giler Sempena Cuti Sekolah | Bangi Wonderland ThemePark And Resort

12/04/2017 02:17:00 pm





Assalamualaikum, lama benar dah Abe tak menulis. Entahlah, kekangan kerja agaknya. Buzy bebenor, hehehehehehe...

Korang, kali ni Abe nak share pasal Bangi Wonderland ThemePark And Resort tau. Kota keriangan untuk mandi manda yang WAJIB korang terjah di musim cuti sekolah ni. Apa tunggu lagi, sekarang ni pihak Bangi Wonderland ada buat promosi. 


Ni kali pertama tau Abe sekeluarga datang ke sini walaupun jarak Bangi Wonderland daripada rumah Abe di Putrajaya tu cuma dalam lebih kurang 20km je, hehehehe. Kalau korang nak tahu, keluasan kawasan Bangi Wonderland ni ialah lebih kurang 18 ekar. Besar tu... Menjengah kaki ke dalamnya, wow!!! Abe teruja... Jeng, jeng, jeng... Meh baca...



Sempena cuti sekolah ni ada Bangi Wonderland ThemePark and Resort telah membuat promosi menarik yang diberi nama GEMPAK GILER!
Apa yang gempak sangat? Sambil mandi leh layan artis menyanyi. Bukan sebarang artis tau. Korang tengok kat bawah, ada Abe senaraikan barisan artis yang pihak Bangi Wonderland bawakan khas untuk korang...

Ok.. persembahan artis berdasarkan tarikh berikut dan bermula pada jam 2 petang. 

2 Disember : Ameng Spring dan Ezad Lazim
3 Disember : Awie dan Siti Nordiana 
9 Disember : Amy Search dan Nico G 
10 Disember : Khalifah dan Projector Band 
Harga tiket sepanjang promosi Gempak Giler
Isnin - Jumaat:
RM150 untuk 4 orang (mykad)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum:
RM180 untuk 4 orang (mykad)
(Boleh diguna pakai untuk dewasa dan juga kanak-kanak manakala kanak2 yg ketinggian 90cm ke bawah adalah percuma)

Sepanjang cuti sekolah ni, waktu operasi Bangi Wonderland ialah dari hari Isnin hingga Jumaat antaran jam 11 pagi hingga 6 petang. Manakala Sabtu dan Ahad, bermula jam 11 pagi dan tutup jam 6 petang. Sempena cuti sekolah ni Bangi Wonderland ada promosi sempena Program Gempak Giler dari 1- 31 Disember 2017.
Info Umum

Sehari di Bangi Wonderland

Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) dijemput bersama rakan media yang lain untuk memeriahkan program Showcase Gempak Giler sempena ulang tahun pertama Bangi Wonderland. Happy 1st Birthday to Bangi Wonderland. 

Kami juga amik kesempatan untuk sambut besday founder kami, Ben Ashaari yg jatuh pada 30 Nov Lepas... HB Abg Ben
Mr. Steven, General Manager Bangi Wonderland Theme Park & Resort merasmikan pelancaran program "Gempak Giler"

Persembahan Tarian Aero Fit oleh One Nation Fitness
Sesi telematch iaitu gorilla dan trainer & gelung hula hoop.

Persembahan artis jemputan Ameng Spring & Ezad Lazim 

Apa tunggu lagi? Jom ke Bangi Wonderland ThemePark & Resort...


Untuk maklumat lanjut boleh ke www.bangiwonderland.com.my/

BANGI WONDERLAND THEME PARK 
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,B
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

You Might Also Like

3 comments

  1. boleh repeat tu Abe..dekat sgt tu

    ReplyDelete
  2. Memamng gempak giler ni , boleh tahan harga dia nampak macam berbaloi

    ReplyDelete
  3. wah menarik weih ... ruginya tak join

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad