Sahabat Que 'Silent Readers'

Impiana Resort Cherating Pahang, Gerbang Percutian Anda

4/24/2017 08:00:00 am


Tahun Melawat Pahang kebetulannya jatuh pada tahun ni, 2017. Kerajaan Negeri Pahang sekarang ni kian galak mempromosikan Tahun Melawat Pahang 2017. Abe pulak yang terlebih teruja. Mana taknya, keluarga Abe kan menetap di Kuantan. Hahahaha, walaupun Abe bukan Anak Jati Pahang, tapi Abe tetap teruja. Patutlah balik rumah mak haritu, penuh je kereta, berderetan sana sini. Meriah!!!


Abe nak story sikit pasal tempat-tempat yang Abe rasakan menarik kat Pahang ni. Pahang ni terkenal sebab ada banyak tempat pelancongan. Pulau Tioman, Taman Negara, Telok Chempedak, Pantai Balok (lokasi popular luncur air dunia tau) dan tak terkecuali ‘one of the most popular place to be visit’, Cherating. Keluarga Abe tinggal di Beserah. Jarak rumah keluarga Abe ke Pantai Cherating hanya lebih kurang 30km, kira-kira setengah jam perjalanan menggunakan kereta. Tu pun Abe drive slow je, mana ada pernah speed (hehehehe). Bila banyak orang bertanya, jika nak bercuti ke Pahang, tempat mana yang Abe rekemenkan? Otomatik jawapan Abe akan sebut, CHERATING...

sumber gambar: TheGoldenScope.com
Meh Abe bagi sikit info pasal Cherating. Cherating terletak kira-kira 45 kilometer ke utara Kuantan, bersarang di sempadan Terengganu-Pahang dan berhadapan dengan laut China Selatan. Di sini, pantai luas condong melanjutkan sejauh mata memandang, menjadikannya tempat yang sempurna untuk percutian yang tenang.

Cherating telah ditemui pada tahun 1960-an oleh backpackers yang tinggal di rumah tumpangan dan pondok kayu antara kebun kelapa di tepi laut. Pengunjung boleh memulakan percutian mereka dengan bersiar-siar di sepanjang pantai berpasir. Dengan berjalan kaki di pantai membolehkan korang untuk mengumpul kerang yang indah, dan kadang-kadang korang mungkin akan dapat tengok ketam kecil bergelut untuk mencari jalan keluar dari laut.

sumber gambar: Utusan Malaysia
sumber gambar: Jom Cherating.com
Cherating yang terletak di negeri Pahang dan bersebelahan dengan Daerah Kemaman, Terengganu. Korang pastinya pernah mendengar tentang keindahan Pantai Cherating yang menjadi salah satu tarikan utama di Cherating ni kan? Kat pantai ni, korang boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, windsurfing, kite surfing, dan banyak lagi permainan air yang mengujakan. Bermain sambal berlatarkan hamparan pantai yang bersih dan cantik pastinya akan menambahkan lagi keseronokan percutian korang. Selain itu, korang pernah dengar tentang ‘Kelip-Kelip Sungai Kak Yah’? Kalau korang nak tahu, di sungai ini, korang dapat melihat kelip-kelip pada waktu malam dengan lebih dekat. Bagi korang yang bercuti bersama anak-anak, korang wajib bawak anak-anak korang sini. Apart from these, banyak lagi tempat menarik seperti tempat makan dan melihat penyu yang boleh anda lakukan di sini. Jadi, korang kena datang dan alaminya sendiri. Bagi yang ingin ke sini, jangan lupa visit traveloka.com untuk membuat tempahan tempat penginapan.

Cherating menjadi terkenal di kalangan pengunjung sejak sekitar tahun 1970-an apabila keluarga yang dipanggil Mak Long Teh berkongsi rumah mereka dengan pengunjung. Hari ini, terdapat hotel bertaraf dunia dan chalet, di Cherating ni. Antaranya Club Med, Suria Cherating dan Impiana Resort Cherating.

sumber gambar: Traveloka.com
Alang-alang Abe dah bukak cerita pasal Impiana Resort ni, meh Abe share sikit info berkaitan Impiana Resort Cherating ni. Jika korang ke Cherating ni, Abe nak cadangkan korang untuk menginap di Impiana Resort Cherating. Resort yang terletak diatas tanah berkeluasan 30 ekar ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung. Antara kelebihan resort ini ialah terletak berhampiran dengan beberapa tempat menarik seperti Gua Charah, Taman Rusa, Perkampungan Nelayan dan jugak Pulau Ular. Di Pulau Ular korang boleh merasa pengalaman snorkeling dan memancing di kawasan pulau. Jadi korang takyah risau kemana arah tuju korang jika menginap di resort ini sebab korang boleh pergi tempat menarik yang berhampiran. 

sumber gambar: Traveloka.com
Risau kalau bilik dah penuh orang book? Korang jangan risau sebab pihak resort menyediakan banyak bilik yang terbahagi kepada 3 kelas iaitu Deluxe Seaview, Superior Deluxe Seaview dan Suite. Bilik yang disediakan agak luas dan menampilkan senibina yang cantik dan moden. Apa yang paling penting, bilik-bilik ini amat kemas dan bersih.

sumber gambar: Traveloka.com
Semasa bercuti, mesti korang pening memikirkan tempat makan yang best kan? Korang jangan risau resort ni sendiri menyediakan beberapa tempat makan untuk kemudahan korang. Di sini, korang boleh makan di restoran yang dinamakan Kedai Kopi yang menggabungkan citarasa tradisional Malaysia dengan fusion makanan antarabangsa. Kalau korang nak makan masakan Chinese dan Thai pula, korang boleh makan di Impian Court yang sememangnya popular bukan sahaja dalam kalangan tetamu, malahan penduduk setempat. Impian Court ini kerap menjadi pilihan untuk acara seperti sambutan hari jadi, reunion dan banyak lagi.

sumber gambar: Traveloka.com
Apa yang Abe nak tekankan di sini ialah dari segi kemudahan. Kemudahan yang disediakan di Impiana Resort Cherating memang terbaik, 'recommended by me'. Disini, korang boleh bermain tennis, jogging, bola sepak pantai dan banyak lagi aktiviti lain pada sebelah petang. At least ada jugak aktiviti yang korang boleh buat di resort bila korang malas nak keluar pergi jalan-jalan. Selain itu, setiap tempat penginapan tak sah kalau tak ada kolam renang kan. Impiana Resort juga ada menyediakan kolam untuk korang bersantai dan berehat setelah penat berjalan di Sekitar Cherating ni. Kolam yang disediakan juga mempunyai dua jenis iaitu satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Berhampiran kolam mini juga terdapat taman permainan untuk korang meluangkan masa bersama yang tersayang.

sumber gambar: Traveloka.com
Dari segi keselamatan pula, resort ini memberi jaminan kawalan keselamatan 24 jam. Antara kemudahan yang disediakan termasuk CCTV dan juga safe deposit box yang terdapat di dalam setiap bilik. Bila kita pergi bercuti, mesti nak bercuti dalam keadaan tenang dan selamat kan? Jadi korang tak perlu risau akan keselamatan barang dan diri korang sepanjang berada didalam resort ini.

sumber gambar: Traveloka.com
Seterusnya, bagi ahli perniagaan, yang datang kesini atas urusan kerja, resort ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat dan kemudahan cetakan bagi kegunaan korang. Selain dari itu, banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak resort ini, jadi, korang perlu datang dan rasainya sendiri!

So, kalau korang datang ke Cherating, pastikan Impiana Resort Cherating menjadi pilihan utama korang. Book Impiana Resort in Cherating at best price melalui traveloka.com!

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad