Sahabat Que 'Silent Readers'

Cara Mengira Anggaran Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan | INFO BERGUNA

3/28/2016 09:30:00 am

Cara Mengira Anggaran Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan | INFO BERGUNARamai yang bertanya tentang kelayakan pinjaman perumahan kerajaan. Untuk jelaskan memang agak teknikal sikit… melalui ringkasannya di sini, semoga boleh membantu.
Cara Mengira Anggaran Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan
slip-gaji
Untuk makluman kakitangan kerajaan yang ingin membuat pinjaman, BPP telah melaksanakan peraturan baru mulai 01 April 2015 iaitu “Jumlah keseluruhan potongan di dalam slip gaji termasuk potongan rumah tidak boleh melebihi 60% daripada Gaji Kasar”.
Sehubungan itu, untuk mengira anggaran kelayakan pinjaman perlu melalui 3 langkah :
Langkah 1 : Kelayakan berdasarkan Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya, lihat Gaji Pokok/Hakiki di dalam slip gaji dan rujuk jadual kelayakan di sini. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00, kelayakan adalah RM350,000.00.
pinjaman
Langkah 2 : Ansuran bulanan Pinjaman Perumahan Tidak Boleh Melebihi 60% daripada Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya dengan buat perkiraan di sini. Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan Nilai Penuh Hartanah, Pinjam Dipohon, Tarikh Lahir, Tempoh Pinjaman dan sebagainya. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00 maka sila buat perkiraan dengan memastikan ansuran bulanan tidak melebihi RM1,530.00 sebulan (2550 x 60%) dengan bermain dengan pemboleh ubah di atas.
Langkah 3 : Semua potongan di dalam slip gaji tidak melebihi 60% daripada Gaji Kasar semasa. Caranya dengan buat perkiraan di sini juga. Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan Nilai Penuh Hartanah, Pinjam Dipohon, Tarikh Lahir, Tempoh Pinjaman dan sebagainya. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00 dicampur semua elaun tetap RM750.00 = RM3,300.00. maka sila buat perkiraan dengan memastikan semua potongan termasuk ansuran bulanan Pinjaman Perumahan tidak melebihi RM1,980.00 sebulan (3300 x 60%) dengan bermain dengan pemboleh ubah di atas juga.
Berdasarkan keputusan 3 Langkah di atas, pilih mana yang TERENDAH…itu adalah anggaran kelayakan maksima pinjaman perumahan saudara. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, KONGSIKAN KEPADA SEMUA

You Might Also Like

1 comments

  1. Kalau gaji RM 18,473.00 berapa pulak harga rumah yang boleh dibeli?

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad