JOZAN Johan & Zizan Kongsi RM500,000 Juara Maharaja Lawak Mega 2012 | JOHOR BARU: Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) menjadi milik kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), di sini malam Jumaat.
Zizan (kiri) dan Johan Juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung di Johor Baru, Jumaat.
Kemenangan Jozan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Dalam pada itu, Johan yang sebelum ini tidak dapat menyertai pertandingan berkenaan sejak dua minggu lalu akibat kecederaan ligamen membuat kejutan apabila muncul pada persembahan pusingan pertama. Kemunculan Johan telah menggamatkan stadium yang dihadiri oleh hampir 5,000 penonton.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni



