Pelajar derita ketumbuhan OVARI 'ANU' diarah berhenti sekolah | Kuantan: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan, di sini, yang menderita penyakit ketumbuhan ovari, bukan saja berdepan pandangan serong masyarakat terhadap keadaan perutnya yang membesar, malah berdepan kemungkinan terpaksa berhenti sekolah.
Pelajar terbabit, Widdad Shairi, 17, berkata, selain disangka hamil anak luar nikah berikutan perutnya seperti orang mengandung, dia juga diminta pihak pengurusan sekolah supaya berhenti sekolah kerana vgagal hadir sejak sesi persekolahan bermula awal Januari lalu.
“Saya lebih risau mengenai pembelajaran kerana tidak pernah ke sekolah sejak sesi persekolahan bermula, lebih-lebih lagi saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini. Mengenai penyakit dihidapinya, Widdad berkata, dia mula mengesan ketumbuhan itu pada November tahun lalu selepas berasa sakit pada bahagian kiri perut sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik swasta pada 10 Januari lalu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni



