In
Bola Sepak,
Fanatik
DIHALAU Hanya Gara-Gara Memakai JERSEY KELANTAN (Jersey Red Warriors) Di Stadium
DIHALAU Hanya Gara-Gara Memakai JERSEY KELANTAN (Jersey Red Warriors) Di Stadium | Beliau ni DIHALAU keluar dari STADIUM hanya kerana memakai Jersey KELANTAN (Jersey Red Warriors). Betul ke berita yang Abe dapat ni? Macam ni pun ada ke? Macam xley terima dek akal la rasanya... Grrrrrrr...
kalau nak tengok videonya, Klik TAJUK ENTRI ni
In
AFF Suzuki. Piala Suzuki AFF,
Bola Sepak
HARIMAU MALAYA Tumpas Kepada GAJAH PERANG Di Piala Suzuki AFF 2012 (Malaysia 0-2 Thailand)
NORSHAHRUL (kanan) melepaskan tandukan ke gawang Thailand tetapi tandukannya itu berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.
BANGKOK – Segala-galanya sudah berakhir buat Harimau Malaya apabila tumpas 0-2 kepada Thailand dalam aksi separuh akhir kedua kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Supachalasai, malam tadi. Kekalahan tersebut sekali gus mengecewakan harapan seluruh Rakyat Malaysia yang mengharapkan Harimau Malaya berjaya melangkah ke final. Impian Harimau Malaya untuk mengulangi 'magis' muncul juara dua tahun lalu hanya tinggal sejarah apabila Gajah Perang terlalu unggul di gelanggang sendiri, sekali gus menyaksikan Thailand mara ke final dengan kelebihan agregat 3-1.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan sebelum ini terikat seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad lalu. Suka atau tidak, skuad negara yang tempang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain gara-gara Mohamad Fadhli Shas diperintahkan keluar padang pada babak pertama juga seolah-olah satu petanda betapa aksi malam tadi bukan milik Malaysia. Thailand yang sekadar memerlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk layak ke final sebaliknya bermula garang apabila kesilapan Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk mengawal kemas bola nyaris dihukum Jakkapan Pornsai seawal minit ketiga, mujur penjaga gol negara, Farizal Marlias bijak mengawal keadaan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni