Sahabat Que 'Silent Readers'

Kempen Solidariti Bersama Oligo, Membeli Sambil Menderma | Sumbangan Oligo ke Gaza

3/23/2024 01:15:00 pm


Bertarikh 20/04/24, Syarikat Power Root Sdn Bhd (Power Root) menyerahkan sebanyak RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dalam usaha membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza. Oligo ni salah satu produk dari Syarikat Power Root Sdn Bhd (Power Root).

 


Setiap pembelian Oligo serbuk menyumbangkan  sebanyak RM0.50, dan produk sedia diminum akan menyumbang sebanyak RM0.10 ke bantuan solidariti ini. Membeli sambil menderma, tanpa sedar korang sedikit banyak turut serta  dalam  kempen sumbangan Oligo ke Gaza. Subhanallah.

 


Sokongan solidariti bersama Oligo untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Malaysia telah mencapai RM303,229, sehingga 17hb Mac 2024. Menerusi kempen dan sumbangan ini, Power Root akan berusaha mengumpulkan bantuan kepada penduduk Gaza dan sekali gus menyatakan solidariti bersama mereka.

 


Duta Baharu Oligo


Datuk Azizulhasni Awang, atlet lumba basikal negara merupakan duta baharu Oligo. Kempen sumbangan akan berlangsung juga sepanjang ramadan ini dan akan diteruskan sampai bila-bila. Jadi korang masih boleh ikut turut serta nak menyumbang. Dapat bantu sikit pon jadi la daripada tidak sama sekali kan? sedikit demi sedikit lama lama menjadi banyak dan kita boleh bantu saudara kita yang di Gaza sana. Jom kita teruskan Solidariti kita bersama Oligo dengan turut menyumbang ke Gaza.



Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa Bersama Oligo


Biasalah, di bulan puasa ni, badan cepat letih dan penat. Terutamanya anak Abe, EanRifqee tu yg perlu lebih tenaga sikit sebab ada 2 sesi persekolahan, pagi dan petang. Sebab itu, Abe dan isteri memberikan EanRifqee minuman malt coklat dengan oligofruktosa. Alhamdulillah. Ean kekal bertenaga ketika berpuasa bersama Oligo. Abe rekemenkan untuk korang cuba juga. 

 


Apa Yang Menarik Tentang Produk Oligo?


Oligo sepertimana yang kita maklum adalah salah satu produk minuman malt coklat 100% Halal buatan Malaysia yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia kerana ianya produk yang lazat serta kaya dengan nutrien yang berkhasiat. Sangat sesuai untuk kanak kanak dan juga dewasa.

 


Minuman Oligo ni ada pelbagai jenis iaitu bentuk pek bersaiz besar dalam bentuk serbuk dan sachet, kotak kecil sehingga dalam bentuk tin iaitu Oligo 3 In 1, Oligo 950gram Refill Pack, Oligo Calcium 200ml, Oligo Calcium 240ml, Oligo Protein 240ml dan Oligo Instant Cup.


Kalau korang nak tau, Oligo ni minuman yang telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan merupakan produk Malaysia. Jom kita sokong buatan Malaysia!!

 


Minuman ini penuh dengan Nutrimax di mana ia mengandungi gabungan Oligofruktosa yang menjaga sistem penghadaman, tinggi protein dan kalsium bagi mengekalkan tulang dan gigi yang kuat, Vitamin B6, Vitamin B12 bagi menguatkan sistem imunisasi badan dan mineral menjadikan setiap tegukan bermakna.

Oligo membantu menguatkan badan dan minda dalam meningkatkan prestasi otak, membantu menjaga kesihatan keseluruhan badan. Semuanya dalam satu pek. Ia juga membantu mengelakkan keletihan sepanjang berpuasa.

 


Perkasakan hari anda dengan Oligo, gabungan kaya Coklat Belgium Premium, yang membuatkan anda sentiasa bertenaga dan bersedia untuk apa sahaja yang datang.

 

Mana Nak Beli Produk Oligo?


Produk Oligo boleh dibeli di pasaraya Aeon, Aeon Big, Mydin, Giant, TF, Econsave, Sunshine dan juga secara online. Sambil membeli kita menderma.


 

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari :

 

Oligo Website: https://oligo.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/oligomalaysia/

IG: https://www.instagram.com/oligomalaysia/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@oligomalaysia

 


You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad