Sahabat Que 'Silent Readers'

ABX Express Kini Dikenali Sebagai KEX Express Malaysia

11/10/2022 06:53:00 am

 

Bertuahnya hari ni sebab Abe dapat menghadiri hari bersejarah Majlis Penjenamaan Semula perkhidmatan penghantaran tempatan, ABX Express (M) Sdn Bhd yang telah dijenamakan semula kepada KEX Express Malaysia.

 

 

Langkah penjenamaan semula itu akan menyaksikan ABX Express berkembang menjadi KEX Express, dengan logonya digunakan dalam semua bahan termasuk papan tanda di semua kedai di seluruh negara dan lebih 2,500 trak penghantaran di seluruh negara. Pengurus Besar Kanan KEX Express Malaysia Richard Lui berkata syarikat amat berkait rapat dengan pelaburan aset dan syarikat telah melabur RM250 juta dalam rangkaian penghantaran di Malaysia dan akan meneruskan lebih banyak pelaburan pada masa depan.

"Syarikat telah banyak melabur dalam automasi hab, infrastruktur IT dan pengembangan pasukan sejak lima tahun lepas," katanya dalam pengumuman mengenai pelaksanaan penjenamaan semulanya.

Lui berkata langkah penjenamaan semula itu adalah pencapaian penting buat syarikat berikutan ia menjadi kemuncak kepada peranan yang dimainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN), syarikat logistik antarabangsa yang berpangkalan di Asia dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

 

 

"Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses yang cepat kepada rangkaian global KLN yang luas dan penawaran ekspres antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia. Penjenamaan itu merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF Group dan Kerry Logistics Network Limited, KLN sebuah syarikat logistik terbesar Asia.

"Gabungan antara Kumpulan SF dan KEX mampu memastikan syarikat berupaya mengendalikan penghantaran antarabangsa. Ini melibatkan pelbagai produk dari Asia dan negara lain.

"Tentunya sebahagian besar negara-negara Asean...itulah visi syarikat kami dan kumpulan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kerry Express, Alex Ng. Beliau menyatakan demikian dalam sidang media, di sini.

 

(Ketua Pegawai Eksekutif Kerry Express, Alex Ng)

 

KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres antarabangsa ke lebih 225 negara. Syarikat penghantaran ini mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 250,000 bungkusan setiap hari, disokong 700 pusat perkhidmatan dan 3,000 pekerja di seluruh negara.

 

 

Lui berkata KEX Express baharu akan memberi tumpuan kepada tiga bidang sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

"Pertama ialah pembayaran digital untuk tunai semasa penghantaran (COD) dan freight on delivery (FOD) dengan pilihan tanpa tunai dalam aspek penghantaran ekspres tempatan.

Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD)
  • COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos.
  • FOD digital pula membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba

"Kedua ialah pusat penjual yang merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.

Pusat Penjual (Seller Centre)

  • Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
  • Mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran (contoh : tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dan lain-lain.)
  • Membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (020) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.

"Bagi yang ketiga, kami akan memberi tumpuan kepada mengoptimumkan laluan perjalanan dan KEX Express dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya menggunakan algoritma dan data besar," katanya. 

Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)

  • KEX Express dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routing system) menggunakan algoritma dan data besar.
  • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
  • Memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express.

 

"Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspres kepada rakyat Malaysia sejak 1984 dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami ialah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres yang lancar dan mudah untuk syarikat perniagaan dan keperluan penghantaran peribadi ke destinasi tempatan dan antarabangsa," katanya.

 

Gambar sekitar Majlis Penjenamaan Semula

Abe kongsikan dengan korang semua gambar-gambar & video detik bersejarah pengumuman penjenamaan semula yang Abe hadiri ni, meriah sungguh

 


 

Video sekitar Majlis

 


Tawaran Menarik Sempena Pengumuman Penjenamaan Semula

Sempena pengumuman penjenamaan semula ini, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular tempatan dan antarabangsa. KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular domestik dan antarabangsa bermula 1 November 2022. Korang boleh membuat penghantaran domestik serendah RM 4.99 je tau!

 


 
Nak tau lebih lanjut mengenai KEX Express dan promo menarik, jom follow:

Facebook : KEX Express
Instagram : @kexexpressmy
Tiktok: @kexexpressmy
Youtube: KEX Express

You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniah KEX Express. Bagus hantar dalam dan luar negara. Boleh guna KEX Express lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Tahniah KEX EXPRESS! Moga terus sukses

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad