Sahabat Que 'Silent Readers'

Cara Mudah Bayar Zakat Online Guna Bank Islam

12/22/2021 09:00:00 am

Assalamualaikum, kali ni Abe nak share dengan korang cara mudah untuk bayar zakat secara Online guna Bank Islam. Semuanya dihujung jari korang je. 

 

Sebelum tu, Abe share dulu info pasal zakat. Sekadar untuk refresh balik pengetahuan kita bersama.

 

Syarat Wajib Zakat

1. Islam

2. Merdeka - Bukan Hamba -Bebas mencari rezeki

3. Milik sempurna - Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi pemilikan (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus (Hak tasarruf).

4. Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Sesetengah harta yang hendak dizakatkan mestilah bersamaan atau lebih nilainya dengan nilai 85 gram emas mengikut harga semasa seperti zakat emas, pendapatan, wang simpanan dan saham. Manakala, sesetengah harta yang lain menggunakan kadar nisab yang tersendiri seperti zakat ternakan, tanaman dan rikaz dan perak.

5. Cukup haul - Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan haul dalam hukum syarak adalah berdasarkan kepada tarikh hijriiah (354/355 hari). Apabila genap setahun harta dimiliki, barulah diwajibkan zakat.

 

Syarat Sah Zakat

1. Niat

2. Memberi Milik - Untuk sahnya pemberian zakat disyaratkan “memberi milik”, iaitu dengan cara diberi kepada orang yang berhak.

 

Cara Bayar Zakat Secara Melalui Perbankan Mudah Alih Bank Islam


Kelayakan 

Ia adalah terbuka kepada semua pelanggan individu Perbankan Mudah Alihyang baru dan sedia ada yang menetap di Malaysia, termasuk kakitangan Bank Islam dan anak-anak syarikat, agensi pengiklanan, ahli keluarga terdekat mereka atau mana-mana orang yang berkaitan dengan pentadbiran kempen ini. 

Pelanggan hendaklah mendaftarkan namanya di Bank Islam dan mematuhi prosedur pendaftaran serta pengaktifan yang ditetapkan oleh Bank.

 

Cara Mudah (Video) Menggunakan Perbankan Bank Islam

 
Nak lagi mudah, korang tengok je video yg Abe share ni
 
Video 1:
kredit video: Ali Gajet
 
Video 2
kredit video: The Haikal
 
Video 3
kredit video: BIMB
 
Video 4

kredit video: BIMB

 


Klik untuk menyertai bit.ly/zakatcashless2021

Info lanjut di https://www.zakatselangor.com.my/cashless/


Pautan Pantas Bank Islam Malaysia Berhad
 

1. Masuk Perbankan Internet

2. Klik Bank Islam Malaysia Berhad dan log masuk ke Perbank Internet Korang

3. Pilih “BillPay”>"OpenPayment"

4. Pilih "Pusat Pungutan Zakat WP"

5. Masukkan " Nama, No Ic, Jenis Zakat, Amaun"

6. Masukkan "No OTP"

7. Klik "Submit"

 

Mudah bukan? semuanya di hujung jari je. Pelbagai platform boleh digunakan untul kita membayar zakat. Maka tidak ada alasan untuk kita sukar menunaikan Zakat. Semuanya di hujung jari sahaja. Jadi, tiada alasan lagi untuk korang yang telah cukup syarat ini mengelak daripada membayar zakat. Semoga kita semua mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t. 

 

Sertai Jom Zakat Cashless sempena bulan Ramadan yang mulia ini. sebagai galakan dan insentif untuk menunaikan zakat kepada semua golongan yang layak.

 

 

Untuk maklumat lanjut:

Website: https://www.zakatselangor.com.my

Pembayaran Zakat: https://fpx.zakatselangor.com.my

Facebook: Zakat Selangor

Instagram: @zakat selangor

No. Telefon: 1 300 88 4343

Emel: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

 

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad