Dalam usia dah cecah 40an ni, terasa pulak kadang-kadang mata ni alami situasi macam pedih je jarang-jarang. Kadang-kadang bila je waktu malam pulak masa Abe drive kereta, silau tu kuat sangat. Adakalanya sampai perit mata Abe duk menahan perit silau kereta depan. ni mungkin petanda yang Abe dah kena pergi buat pemeriksaan mata. 
Alhamdulillah, kebetulan pulak sehari dua ni duk berlegar dia wall Fb, ada dua tiga kawan-kawan facebook Abe rekemenkan OptoM Eyecare di Bangi. Apalagi, peluang baik ni. Nampak menarik sebabkan
 servis dan perkhidmatan mereka pada pelanggan. Meh Abe kongsikan dengan korang semua dulu info yang Abe dapat daripada pembacaan di blog kawan-kawan Abe.
Cawangan OptoM Eyecare
OPTOM
 Eyecare ada 2 cawangan. 1 di Bangi, Selangor dan 1 lagi di Mergong, 
Kedah. Jadi boleh lah singgah di Bangi nanti. Takpayah susah susah nak 
rentas negeri memandangkan tengah pandemic lagi. OPTOM Eyecare ni masih 
baru lagi beroperasi kat Bangi, Selangor. Yang kat Kedah tu cawangan 
pertama.
Apa yang menarik di OptoM Eyecare?
Paling menarik di OPTOM 
Eyecare ni, pemeriksaan mata yg mereka buat lebih kepada jenis klinikal. Uniknya, mereka bukan 
jual cermin mata semata-mata. OPTOM Eyecare lebih fokus pada kesihatan 
mata dan akan consult cermin mata apa yang sesuai dengan mata kita. 
Bukan setakat sesuai dengan bentuk muka untuk bergaya semata mata. 
Peralatan canggih dan terkini
Kat OPTOM Eyecare ni akan tengok bahagian dalam dan luar mata kita sampai tahap darah dan sebagainya tau. Kemudian optomestris akan konsult pelanggan cara penjagaan mata. Ruangan untuk cek tahap kesihatan mata, nampak macam kat klinik cumanya khas untuk mata. Kalau kat kedai cermin mata lain, diorang cuma cek rabun dan silau. Mesin untuk tengok keadaan mata pun lain daripada tempat lain tau. Sebab tu mesin kat OPTOM Eyecare ni boleh detect mata kita sihat atau tak. Dari situ boleh tau ada kolestrol, kencing manis dan penyakit lain.

Ini contoh mata yang tinggi kolestrol
Mata yang sihat
Keadaan belakang retina mata
Ini pulak mata pesakit diabetis. Salur darah yang pecah boleh menyebabkan rabun. Info ni Abe baca daripada blog Ummi Nani
Ini retina mata yang sihat
Alang-alang dah nak check mata, Abe syorkan terus kalau korang syorkan terus korang spendkan sikit duit untuk buat pemeriksaan mata secara details. Ada caj dikenakan kalau
 nak cek mata secara menyeluruh. Berhabis sikit untuk mata sendiri juga, ok je. Details kita akan dapat tahu tahap kesihatan mata kita. 
Pilihan pelbagai kacamata menarik dan berkualiti.
Selepas
 selesai dengan semua pemeriksaan berkaitan masalah mata tu,barulah kita
 akan pilih spek yang sesuai mengikut keputusan pemeriksaan. Ada banyak 
juga sebenarnya pilihan frame berjenama dan berkualiti di sini, malah ada
 pilihan kalau korang nak custom made spek sendiri mengikut bentuk 
muka, maklumlah setiap orang kan berbeza, ada yang kedudukan telinga ke 
atas sikit, ke bawah sikit, muka lebar, muka tirus, konsep ni di panggil 
Bespoke. 
Cermin Mata Custom Made? 
Abe ada baca pengalaman blogger Qaseh Dalia & Sue Izza pasal custom 
made cermin mata. Di OPTOM Eyecare je kita boleh dapatkan cermin mata mengikut citarasa 
kita. Mereka ada sediakan pelbagai design untuk kita pilih. Sebelum tu, 
kita akan dibawa ke bilik untuk dapatkan penerangan dan mereka ada satu 
aplikasi; namanya BESPOKE, yang boleh detect bentuk muka, kedudukan mata
 dan telinga, dan suggest cermin mata yang sesuai.
Ada aplikasi yang boleh bantu kita customize cermin mata kita. Dah la boleh
 custom made, boleh juga korang nak letak nama sendiri pada spec korang. Menarik kan? Kita boleh letak 10 
huruf.
Mudahkan? Aplikasi tu memang akan bagi ukuran sebenar bentuk wajah. Jadi 
pilih je yang mana berkenan. 
Sesuatu yang eksklusif untuk mereka yang pentingkan penampilan, hiasan tambahan batu swarovski ada disediakan. Kalau jenis yang lasak, ada cermin mata yang fleksibel. Tambahan pula, 
mereka ada pelbagai jenis frame mengikut standard harga bermula dari 
RM250. Jadi jangan risau tentang pilihan yang ada. 
Kesihatan
 mata juga penting yang perlu kita jaga jadi blue lens dan kanta yang 
bertukar menjadi gelap apabila kena silau juga ada disini. Kanta ini 
amat sesuai kepada sesiapa yang selalu menghadap skrin ketika kerja atau
 kanak kanak dan remaja yang belajar. 
Lokasi OptoM Eyecare Bangi 
OPTOM Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Website: www.optom.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/optombangi
Instagram: http://www.instagram.com/optombangi









 
 











 
 
 
 
