Sahabat Que 'Silent Readers'

Jom Bercuti Ke Perth Western Australia

7/01/2019 12:08:00 pm



Sedar tak sedar, ni dah masuk tengah tahun 2019. Sekejap je masa berlalu. Tahun ni, Abe sekeluarga xde plan lagi tempat untuk kami pi bercuti. Tahun lepas, kami gi cuti dalam Negara je. Ingatnya, tahun ni de rezeki lebih sikit, kami plan nak gi travel jauh sikit, luar Malaysia. Ushar punya ushar, gugel punya gugel, survey punya survey kami berkenan pulak nak gi ke Western Australia. Banyak lokasi yang menarik kat sana yang boleh kami terjah. Lagipun, kos untuk travel ke sana masih lagi dalam lingkungan bajet yg kami peruntukkan.



Apa lagi, bila dapat tau ada Western Australia Traveloka Packages yang Traveloka buat, tu bonus la pada Abe yang memang ada plan baik punya tahun ni.... Wallaaaaa...

Korang tahu tak, Traveloka sekarang ada buat pakej kombo flight + hotel. Maksudnya korang boleh buat tempahan tiket penerbangan dengan penginapan sekali dalam satu masa. Semasa korang pilih tarikh penerbangan tu, korang boleh terus pilih tempat penginapan korang sekali. Haa...amacam? Senang ke senang? Abe dah mula buka website Traveloka ni nak cari tarikh yang paling sesuai nak pergi ke Western Australia. Pastu nak pilih hotel mana yang Abe rasa menarik dan harga yang berpatutan mengikut bajet Abe. Kalau dapat tiket penerbangan dan bilik hotel dengan harga murah, dapatlah nanti shopping lebih kat Australia dengan koala nanti.

Traveloka ada tawarkan 4 opsyen menarik, korang boleh tengok screenshot yang Abe tempek kat bawah ni. Ada promo flight sahaja, hotel sahaja, flight dan hotel serta aktiviti yang korang boleh buat bila korang travel ke Western Australia nanti.

Tawaran Penerbangan:


Tawaran Hotel:


Tawaran Pakej Penerbangan dan Hotel:

Tawaran Pakej Pengalaman menarik:


Alhamdulillah, Abe bernasib baik sebab jumpa pakej ni yang dibuat oleh Traveloka. Beli tiket Penerbangan + Hotel boleh dapat diskaun 15% dengan diskaun maksimum sehingga RM100 dalam satu ID Tempahan. Tapi korang kena buat tempahan antara 15 Mei - 15 Ogos 2019 untuk penerbangan bila-bila masa. Haa, ada masa lagi ni untuk dapatkan diskaun ni. Klik je sini untuk beli pakej. KLIK SINI

Terma dan Syarat untuk dapatkan diskaun 15% ni :
  • Promosi diskaun 15% untuk tempahan penerbangan + hotel dengan diskaun maksimum RM100 dalam satu ID Tempahan
  • Sah untuk semua hotel, jenis bilik dan tempoh penginapan
  • Sah untuk semua penerbangan dengan Malaysia sebagai negara pelepasan atau ketibaan
  • Sah untuk satu kali penggunaan dalam tempoh promosi
  • Diskaun sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi laman web Traveloka, laman mudah alih dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android/iOS)
  • Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi lain
  • Promosi ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan dalam RM (Ringgit Malaysia)
  • Tempah dari : 15 Mei - 15 Ogos 2019
  • Tempoh penginapan :  Bila-bila masa
  • Terma dan syarat lain adalah mengikut terma dan syarat bagi kod kupon di halaman ini.
Cara menggunakan kupon Promosi Pakej Tourism Western Australia ni:


Cara Menempah Penerbangan + Hotel di Traveloka :
  • Cari Penerbangan + Hotel: Buat carian, masukkan destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan
  • Pilih Kombinasi : Pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang korang nak
  • Ubah Kombinasi : Kalau korang nak ubah kombinasi, tekan je UBAH pada penerbangan kalau korang gunakan Traveloka App. Kalau korang gunakan laman web, cuma klik UBAH BILIK atau UBAH PENERBANGAN.
  • Tempah Penerbangan + Hotel: Semaklah ringkasan perjalanan dan klik PILIH untuk teruskan. Isi butiran penempah dan pelancong. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat.
  • Pembayaran: Pilih kaedah pembayaran yang menjadi pilihan korang. Setelah bayaran berjaya, e-tiket dan baucer akan dihantar ke email yang telah korang daftarkan dalam tempoh masa 60 minit.
Mudah je kan? Semudah ABC je korang nk booking tiket flight dan hotel dengan traveloka ni. Dah lah mudah, pastu ada pulak diskaun 15%. Jangan lambat-lambat. Dah boleh mula buat tempahan sekarang sebelum tempoh promosi berakhir 15 Ogos 2019. 

Meh Abe citer sikit pasal apa yang ada di Australia. takzabarrrrr nak jejak kaki ke sana dengan family tercinta...

Perkara yang perlu dilakukan di Western Australia?

Western Australia dikenali sebagai syurga jalan-jalan kerana terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati. Di samping itu, bandar ini menawarkan banyak tarikan pelancong yang menarik, sama ada untuk seni bina yang menakjubkan, seni budaya yang unik, festival yang menggembirakan, gerbang hujung minggu atau kekayaan sejarah. tempat-tempat kat bawah ni dah Abe masukkan dalam list lokasi wajib yang akan Abe sekeluarga terjah. Tq website Traveloka sebab bantu Abe untuk dapatkan info kat bawah ni.

Perth Swan Bell Tower

  • Kunjungi Menara Swan Bell Perth, tempat tarikan pelancong paling unik di Perth
  • Menempatkan salah satu alat muzik yang terbesar di dunia
  • Menara berketinggian 82.5 meter ini menawarkan pemandangan Sungai Swan dan Perth CBD secara 360 darjah
  • Bunyikan loceng St Martin-in-the-Field dan dapatkan sijil


AQWA – The Aquarium of Wetern Australia


  • Terokai pengembaraan dalam air di AQWA, The Aquarium of Western Australia
  • Pergi berjalan melalui terowong akuarium terbesar di Australia
  • Lihat salah satu terumbu karang hidup yang terbesar di dunia
  • Temui hidupan laut yang comel dan juga yang merbahaya

Peel Zoo


  • Jom lawati Peel Zoo, sebuah zoo praktikal di persekitaran semula jadi di tebing Murray River
  • Terdapat lebih dari 100 spesies burung dan haiwan seperti koala, wombat, dingo, burung eksotik, reptilia, kucing Bengal, burung puyuh bertompok, possum, burung hantu
  • Beri makan haiwan, pegang ular, usap kangaru atau bermain dengan feret
  • Rentasi aviari yang luas dan bertemu dengan bintang Zoo, Tasmanian Devils


Menarik kan? Ni pulak Abe nak share lokasi-lokasi menarik lain hasil carian gugel. Wife Abe bantu gugelkan tau... semangat nak travel punya pasal, hehehehe...

Bukan selalu kita dapat sampai ke Perth. Selain jaraknya yang jauh, kita perlu belanja tiket flight kapal terbang yang mahal. Masa adventure kita pula sangat terhad. Cukup rugi kalau kita tak rancang percutian kita sebaiknya. Seperti biasa, dilema yang kita hadapi semasa bercuti. Masa tak cukup panjang nak pusing pusing. Di Perth Australia, ada banyak tempat best sampai pening.

Jadi, Abe senaraikan di bawah senarai tempat menarik di PERTH untuk dilawati. Daripada alam sekitar yang cantik dan destinasi tarikan pelancongnya yang lain.

1. Kings Park, Western Australia! Nikmati permandangan indah disini.
Tempat pertama yang Abe cadangkan untuk di lawati adalah Kings Park, satu lokasi yang benar-benar cantik & tempat yang indah untuk pelbagai aktivivti. Daripada perhimpunan, majlis hari jadi, berkelah dan bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan. Pemandangan sungai swan dari sini memang menakjubkan. Taman ini sesuai dikunjungi siang dan malam, terutama sekali pada waktu matahari terbenam untuk menyaksikan pemandangan malam.
  
2. Elizabeth Quay. Dataran yang cantik di tepi laut!
Satu kawasan dataran yang cantik dengan pelbagai aktiviti menarik. Yang bagusnya, kegiatan untuk pelancong di sini adalah hasil dari perniagaan tempatan & juga pihak berkuasa. Abe teringat suasana di dataran negeri Johor apabila melihatkan suasana di dataran ini. Pencahayaan yang cantik di waktu petang & malam menambahkan seri & keceriaan tempat ini. Kadangkala kita boleh melihat ikan dolfin berenang di laut semasa kita memerhatikan permandangan indah ini dari jambatan.

3. Perth Cultural Centre. Datang makan & nikmati kopi di sini!
Tempat yang bagus untuk lepak dan menikmati secawan kopi panas di cafe. Kawasan yang berwarna warna warni ini kaya dengan bangunan warisan. Pusat seni ini digunakan untuk mempunyai poster jalan yang diselipkan dan ia adalah tempat yang sejuk untuk penggearan skateboard. Kini ia kelihatan sangat kemas dan banyak kanak-kanak dan mesra pelancong.

4. Adventure World Taman Tema Air di Perth Australia.
Taman tema air yang menarik di Perth. Antara tarikan pelancong terbaik di Perth. Walaupun dah dibuka dari 1982, tempat ini masih menjadi tarikan pelancong yang di gemari ramai. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk semua orang dari pelbagai peringkat usia. Antara permainan yang boleh wajib kita cuba ialah roller coaster & 15 permainan air lain untuk di cuba. Antaranya Abyss, Dragon Express, Tidal Wave, Tunnel of Terror, Sky Lift dan Kraken.

5. Cohunu Koala Park! Mari bermesra dengan Koala yang jinak!
Selain Zoo Perth, tempat seterusnya juga sangat baik untuk bermesra dengan haiwan. Cohunu Koala Park telah di buka sejak 1972 pasti salah satu taman hidupan liar yang terbaik yang boleh kita kunjungi di Perth. Kakitangannya sangat ramah dan kita dapat melihat banyak haiwan yang berbeza terutama sekali Koala. Jangan lepaskan peluang bergambar dengan haiwan yang jinak ini.

6. Caversham Wildlife Park.
Mahu bermain & memberi makanan kepada haiwan yang bebas berkeliaran? Marilah berkunjung ke Taman hidupan liar di Australia. Pelawat di benarkan memberi makan kepada haiwan jinak seperti kambing biri biri & kangaroo. Ramai pengunnjung melawat taman ini. Cuba datang awal sebelum "Farm show" pada jam 10 pagi kerana haiwan belum di beri makan. Dan mereka akan lebih cenderung untuk menghampiri pelawat yang memberi makanan.

7. Fremantle Markets. Shopping cenderahati untuk kenangan!
Tempat terbaik untuk pelancong memilih ole ole untuk di bawa pulang. Oklah kan, dah sampai Perth paling tidak pun kita beli fridge magent. Antara keunikan pasar freemantle ialah ia sebuah pasar jenis tradisional yang menjual pelbagai barangan & kelengkapan ada di jual disini. Daripada buah buahan segar, hasil dari susu, demonstrasi produk & gerai makanan untuk menjamu selera (pastikan makanan halal saja yang masuk perut). Barangan klasik & antik juga ada. Sambil membeli belah, boleh dengar artis jalanan buat persembahan. Macam di pasar seni Kuala Lumpur kan.

Dah-dah, banyak dah tempat menarik yg Abe sharekan dengan korang semua... selebihnya, nanti Abe share lagi... Korang jangan lupa grab pakej Traveloka Promo atau Flight To Australia... Cepat2 tau... Klik je link ni:


Waaaa, takzabba dah rasanya nak bercuti ke Western Australia... Jom bercuti...

You Might Also Like

14 comments

  1. jommm moga ada rezeki kita aminnn

    ReplyDelete
  2. mantap jiwa...folback #1060

    ReplyDelete
  3. Thanks for picking out the time to discuss this, I feel great about it and love studying more on this topic. It is extremely helpful for me. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do's got budget breakdowns for the cheapest ...

    ReplyDelete
  4. Wonderful beat ! I wish to apprentice while you amend
    your web site, how can i subscribe for a blog site? The account helped me a acceptable deal.
    I had been a little bit acquainted of this your broadcast
    provided bright clear idea. 일본야동


    ReplyDelete
  5. Hello, I really enjoyed reading your post. Actually I'm doing something similar to yours. You and I have a lot in common. Like you, I have posted a lot of articles on my website. If you are interested, please visit and read. Thank you. Have a nice day. 토토사이트

    ReplyDelete
  6. Hello, I really enjoyed reading your post. Actually I'm doing something similar to yours. You and I have a lot in common. Like you, I have posted a lot of articles on my website. If you are interested, please visit and read. Thank you. Have a nice day. 토토사이트

    ReplyDelete
  7. Nice to meet you I am a student who blogs with content similar to your website. There is a lot to learn on your website. If you have time, I would appreciate it if you visit my blog and leave feedback. Have a nice day토토사이트

    ReplyDelete
  8. Hello, your post is a really interesting topic. It helped me a lot. In fact I also have a website with content similar to your posts. Please stop by. Thank you! 토토사이트

    ReplyDelete
  9. Very nice article, I enjoyed reading your post, very nice share, I want to twit this to my followers. Thanks!. 먹튀검증

    ReplyDelete
  10. A very awesome blog post. We are really grateful for your blog post. combat, law enforcement You will find a lot of approaches after visiting your post. I was exactly searching for. Thanks for such post and please keep it up. Great work. 먹튀검증

    ReplyDelete
  11. Nice to be visiting your blog once more, it has been months for me. Well this article that ive been waited for therefore long. i want this article to finish my assignment within the faculty, and 토토사이트 has same topic together with your article. Thanks, nice share.

    ReplyDelete
  12. When I read your article on this topic, the first thought seems profound and difficult. There is also a bulletin board for discussion of articles and photos similar to this topic on my site, but I would like to visit once when I have time to discuss this topic. 메이저사이트

    ReplyDelete
  13. Extremely decent blog and articles. I am realy extremely glad to visit your blog. Presently I am discovered which I really need. I check your blog regular and attempt to take in something from your blog. Much obliged to you and sitting tight for your new post.메이저사이트모음

    ReplyDelete
  14. Extremely decent blog and articles. I am realy extremely glad to visit your blog. Presently I am discovered which I really need. I check your blog regular and attempt to take in something from your blog. Much obliged to you and sitting tight for your new post.메이저사이트모음

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad