Sahabat Que 'Silent Readers'

Farm In The City | Tempat Menarik Di Selangor Wajib Dilawati

9/26/2018 06:11:00 pm


Farm In The City bertempat di ni kat Sri Kembangan, Selangor ni dekat je dengan rumah Abe di Putrajaya. Lokasinya mudah di akses dan paling penting korang waze je landmark paling mudah iaitu Pasar Borong Selangor/The Atmostphere. Abe cadangkan korang guna je Waze. Korang taip je Farm In The City, terus waze akan bawak korang ke FITC ni.


Konsep utama Farm In The City lain tau daripada zoo. Kat Zoo, kebanykan binatang yang ada di situ majoritinya binatang buas dan pengunjung tak boleh nak bermesra dengan binatang-binatang yang ada di Zoo biasa. Kalau korang nak tahu, kat Farm In The City ni, korang takkan jumpa binatang buas macam rimau, gajah dan kerbau. Kat sini hanya ada binatang yang jinak dan bebas sahaja dimana korang dan anak-anak korang boleh pegang dan usap dan boleh bagi makan pada binatang tu.


Kami sampai awal pagi. Alhamdulillah, cuaca cerah je. Tazzabar punya pasal, seawal kul 8.30 pagi kami dah park kete depan FITC, hehehehe. 


Tiket masuk ke Farm In The City korang boleh tengok macam yg kat atas ni. Kalau korang ada nak2 yg tingginya kurang daripada 90cm, anak korang tu boleh masuk FREE. Tapi kalu dah lebih ketinggiannya tu, korang kena beli tiket untuk anak korang.


Ni gambar yg Abe snap kat depan pinu masuk FITC. ta daaaaaa... Jom kita terjah ke dalam Farm In The City... Abe syorkan korang datang awal pagi tau. Sebab apa, baru korang sempat tengok semua show yang khas dorang buat untuk pengunjung kat dalam tu. 


Masa pertunjukan burung Kakak Tua, Ean duk depan sekali tau. Eksited sangat dia sebab ada interaksi dua hala antara pengunjung dengan kakak tua tu masa pertunjukan dijalankan. 

Korang tengok sendirilah, betapa meriahnya gambar-gambar yang Abe snap di FITC ni. Bila anak gembira, mak ayah akan 10x ganda suka... Tq FITC sebab sediakan fasiliti bertaraf 5 bintang ni untuk kami semua sebagai pengunjung... 


Adik Dayah ni yang sentiasa tak putus-putus beri penerangan kat kami semua ttg apa yg menarik di FITC ni. Tq Adik Dayah, jasamu dikenang
siap boleh sentuh lagi tau

Menunggu Turn untuk naik kuda, tapi last-last tak jadi sb tak konfiden.... hehehehhee


Tengok, anak-anak korang boleh bagi makan terus kat binatang-binatang di sini. Ni salah satu pembelajaran yg baik tau untuk kanak-kanak.

Diva kat sini, Alpacas (sebelah kiri tu)... Bukan Abe tau, hehehehhe
Last sekali, sebelum korang keluar korang kena isi nama & dapatkan sijil lawatan. Untuk kenang-kenangan korang melawat Farm In The City ni.



Farm In The City


Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.

Tel : 03 – 8941 2099/3099

Facebook : Farm In The City

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad