Sahabat Que 'Silent Readers'

Bina Produk Jenama Sendiri | Profile Syarikat ZY Phyto Holdings Dan Pemilik Syarikat

7/13/2018 09:16:00 pm


Pengenalan: ZY Phyto Holdings Sdn Bhd

ZY Phyto adalah sebuah syarikat Bumiputera yang mengendalikan pembuatan produk kecantikan dan juga produk kesihatan. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu usahawan-usahawan untuk merealisasikan impian mereka untuk memiliki jenama sendiri. ZY Phyto telah beroperasi sejak tahun 2007 dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2011 di Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam. ZY Phyto telah beroperasi selama 11 tahun di Malaysia. 
Pada tahun 2007, dengan berbekalkan modal sebanyak RM3000 ZY Phyto memulakan operasi. Dengan hanya mengendalikan mesin buatan secara manual pada ketika itu, kini ZY Phyto telah memperoleh aset berbayar yang melebihi RM30 juta. 

Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun, ZY Phyto telah berkembang sehingga menjadi salah satu pengeluar yang paling dipercayai kepada ramai usahawan. Dilengkapi dengan mesin yang canggih dan mematuhi prosedur standard GMP merangkumi keseluruhan rumusan produk, penyelidikan dan pembangunan produk, reka bentuk, pengeluaran, pembungkusan dan penghantaran yang berkualiti. Mampu menghasilkan kuantiti pesanan yang besar.


Carta Organisasi Syarikat ZY Phyto

Pemilik ZY Phyto?


Sejak memulakan operasi, ZY Phyto telah diketuai oleh Encik Zaidi Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif manakala Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd.



Encik Zaidi Yusoff  dikenali sebagai seorang yang telah menubuhkan syarikat multi-industri kecantikan dan kesihatan yang terbesar di Malaysia, iaitu ZY Phyto Group of Companies. Dengan kepimpinanya, ZY Phyto kini semakin berkembang pesat mengeluarkan pelbagai produk dan jenama. Puan Sharifah Ameelia Akma pula pernah dilantik sebagai Pengarah Sumber Manusia termuda di HYATT Hotel International dan HYATT International Group sebelum menyertai ZY Phyto.

Syarikat Subsidari ZY Phyto

Kumpulan Syarikat ZY Phyto terdiri daripada ZY Manufacturing Sdn Bhd, ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd, ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd, ZY Academy Sdn Bhd, ZY Printpack Sdn Bhd, ZY Phyto Marketing Sdn Bhd, ZY Phyto East Coast Sdn Bhd, Yayasan Qaseh ZY Phyto dan Emily's Cattery.


ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd

Pembuatan produk kesihatan yang berasaskan makanan herba dan produk kosmetik berkualiti tinggi dan  di dalam persekitaran yang bersih. Mengamalkan proses pengilangan yang baik (GMP) di mana semua proses pembuatan adalah jelas dan dikawal dengan rapi.

ZY Cosmetics Sdn Bhd

Dengan menginspirasikan produk antarabangsa, ZY Phyto mengeluarkan pelbagai produk kosmetik seperti minyak wangi, pomade, krim rambut dan juga alatan make up.

ZY Herbal Science Sdn Bhd @ Saudagar Herba

Membekalkan pelbagai herba yang berkualiti tinggi kepada pelanggan. Sama ada di dalam bentuk serbuk, ekstrak atau tumbuhan pada skala kecil sehingga besar di samping hub untuk produk siap dibeli.

ZY Academy Sdn Bhd

Menyediakan kumpulan pengurusan yang berpengalaman dan menyediakan program dan organisasi khusus yang direka khas.

ZY Printpack Sdn Bhd

Menawarkan perkhidmatan percetakan, pembungkusan semula, reka bentuk dan kemasan untuk kumpulan syarikat ZY Phyto.

ZY Phyto Marketing Sdn Bhd

Menyokong dalam membangunkan pasaran baru dengan menyediakan pengiklanan, penyelidikan pasaran, perancangan media, perhubungan awam serta strategi jualan.

ZY Phyto East Coast Sdn Bhd

Mengeluarkan produk berasaskan herba dan membuat penyelidikan dan perkembangan yang direka secara ilmiah di Pantai Timur, Malaysia.

Yayasan Qaseh ZY Phyto

Sebuah komuniti organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan, pembangunan ilmu, latihan dan usahasama sahabat-sahabat secara istiqamah.

Emily's Cattery

Usahawan kucing yang bijak dan menarik daripada gred A+++. Menyediakan tempat tinggal dan pembiakan untuk baka kucing.

Produk Keluaran ZY Phyto



Produk yang dikeluarkan adalah yang dirumus dan dicipta dalam persekitaran yang bersih dan menggunakan bahan mentah daripada herba tradisional. Setiap produk yang dihasilkan mengikuti langkah yang teliti untuk menjamin pelanggan mendapat hasil yang terbaik.

Antara produk yang dikeluarkan adalah seperti produk cecair, serum, tiub, chewable table, tea bag, matte lip, bedak, sabun, krim, wangian, pomate dan juga semburan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di ZY Phyto

Zy Phyto ada menyediakan banyak perkhidmatan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana dalam merealisasikan impian semua pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Reka bentuk

Designer dari ZY Phyto dapat membantu mereka segala jenis pembungkusan yang diidamkan.

Perkhidmatan makmal

Makmal ZY Phyto berfungsi sebagai pusat pembangunan produk di mana setiap produk akan dinilai untuk mengetahui secara menyeluruh nutrien dan kebersihannya.

Pembungkusan

Setiap produk akan dibungkus di dalam kotak yang direka dengan baik termasuk dengan brosur dan maklumat lain.

Pendaftaran produk

Pihak ZY Phyto akan membantu dari segi pendaftaran dan perundingan. Hanya perlu memberikan penerangan ringkas sahaja.

Pembangunan produk

Pihak ZY Phyto akan terlibat di dalam setiap peringkat perkembangan sesuatu produk daripada proses penciptaan sehinggalah ke penghantaran.

Percetakan

Dengan adanya pelbagai khidmat percetakan profesional akan memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan

Logistik

Produk akan dihantar terus kepada anda

Latihan dan rundingan

ZY Phyto menyediakan program latihan berterusan untuk kakitangan dan rundingan profesional akan diberikan satu per satu kepada prospek dan pelanggan.

Pencapaian ZY Phyto


Kilang syarikat Zy Phyto  bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan menerima pengiktirafan ISO 9001-2008 bagi Sistem Pengurusan Kualiti. Kilang-kilang itu mematuhi Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Info lanjut mengenai ZY Phyto Holdings

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad