Sahabat Que 'Silent Readers'

Menang Percutian Luar Dan Dalam Negara Dengan Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018

1/25/2018 06:07:00 pm


Assalamualaikum... Abe nak tanya, siapa antara koang semua kawan-kawan Abe yang suka travel? Tak kisahlah travel dalam malaysia atau pun travel ke luar negara... Sila angkat tangan boleh? Ha ha ha ha ha, apalah Abe ni, manalah Abe nampak kalau memang ye pun korang dah angkat tangan, he he he. Ok, Abe nak tanya, korang nak menang HADIAH tak? Hadiah yang bukan calang calang hadiah tau. Kali ini Traveloka menganjurkan kontes bersempena Chinese New Year CNY 2018 Contest. Korang boleh menang hadiah menarik berupa pakej percutian ke Seoul Korea, Phuket Thailkand, Pulau Langkawi Kedah serta korang boleh memang baucer Traveloka dengan kontes ni. WWOWW!!! Pakej percutian untuk dimenangi termasuklah tiket penerbangan pergi dan balik dan penginapan sahaja untuk 2 orang. Semestinya menarik kan?

Apa Itu Traveloka Fly & Win CNY Contest

Semudah ABC je kontes 'Traveloka Fly & Win CNY Contest' ni. Asalkan korang rajin, korang ada peluang yang cerah untuk menang hadiah hadiah yang telah ditawarkan oleh pihak Traveloka. Abe tak nak sembang panjang sebab sudah semestinya korang dah tak sabar dah kan untuk tahu syarat syarat kontes 'Traveloka Fly & Win CNY Contest' ni... Kan, kan, kan...

Macamana Cara Nak Menang?

Camne ek cara nak menang? Senang saja, korang HANYA perlu guna akaun Facebook korang je untuk menang kontes ni. Korang ada akaun Facebook tak? Kalau korang masih belum ada akaun Facebook, korang kena buat satu akaun Facebook terlebih dahulu tau. Hanya perlukan dalm kurang 10 minit masa korang untuk korang 'create'kan satu akaun facebook. Ok, Abe teruskan bagitau korang tentang camne cara cara nak menang dalam ok korang. Tak perlu susah-susah nak kena isi borang apa bagai semua. Syaratnya, korang kena main simple game kat dalam tu. Game yang sangat mudah dan senang sangat untuk korang nak kumpul mata & sekaligus menang. Kaki-kaki game jangan lepaskan peluang keemasan ni tau... Kepada bukan kaki game pun, korang jangan risau, peluang untuk korang menang pun sangat tinggi. KLIK link ni untuk join SEKARANG... CNY 2018 Contest


Syaratnya korang kena rajin & fokus... betul tak? Korang boleh ikut semua langkah langkah yang ditetapkan untuk jadi salah seorang pemenang yang akan membawa pulang hadiah yang cukup lumayan dalam peraduan ini. Pertama sekali, kena Log In  game ni menggunakan akaun Facebook korang... Jom main...


Syarat Permainan Untuk Menang Dalam Traveloka Fly & Win CNY Contest

Mudah je korang nak menang dengan kontes kali ni. Abe yang tak mahir sangat main game pun dah join game ni, hehehehe. Mudah sangat nak kumpulkan mata dan peluang untuk menang sangat tinggi... Asalkan korang rajin dan berikan fokus yang sepenuhnya, korang akan ada peluang yang tinggi untuk menang. 

Syarat Utama:

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun & tinggal di Malaysia SAHAJA. Kalu bukan Warganegara, Abe dah cakap awal awal, korang tak boleh join tau. Kalau korang nak join jugak, andaikata korang ada peluang menang, penyertaan koran tak akan di ambilkira oleh pihak Traveloka untuk menentukan pemenang. Jadi, kesimpulannya, korang jangan lah join. Abe dah ingatkan awal awal ni tau. Maaf yer...

Syarat Kedua:

Traveloka Fly & Win CNY Contest akan bermula pada 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018. Tempoh kontes ni lebih kurang sebulan lebih je. Jangan lepaskan peluan keemasan untuk join kontes Traveloka Fly & Win CNY Contest dan sekaligus memenangi hadiah hadiah hebat yang ditawarkan.

Mudah je kan? Korang cukup syarat di atas tak? Apa tunggu lagi...

Hadiah Yang Bakal Dimenangi Dalam Traveloka Fly & Win CNY Contest


Seperti yang Abe dah cakap kat atas, hadiah untuk kontes anjuran Traveloka kali ni sepertimana berikut:

Pertama:
Percutian 6D5N ke Seoul, Korea (penerbangan pergi dan balik dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

Kedua:
Percutian 5D4N ke Phuket, Thailand (penerbangan pergi dan balik dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

Ketiga:
Percutian 4D3N ke Langkawi, Kedah (penerbangan pergi dan balik dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

Hadiah Lain:
Baucer Traveloka bernilai RM1000 untuk 2 orang pemenang. Untuk kategori ini pihak Traveloka akan memilih dua pemenang di mana setiap seorang pemenang akan memenangi baucer Travel RM1000 daripada Traveloka.

Menarik bukan?

Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel

Jangan lupa untuk muat turun Aplikasi Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel untuk memudahkan korang memperolehi info penting dan menarik mengenai destinasi percutian dan juga tawaran penerbangan hebat dari Traveloka, Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel boleh dimuat turun ke telefon pintar korang melalui Google Apps & Apple Store. Ianya semestinya percuma.


Dengan menggunakan aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel, korang boleh mengakses segalanya butiran mengenai Hotel, butiran mengenai Penerbangan, butiran mengenai eTiket & baucer hotel dan lain-lain maklumat tentang tawaran hebat daripada Traveloka semuanya dihujung jari korang je... Semuanya boleh diakses sepantas ABC pada telefon pintar korang. 


Korang kena selalu buka dan lihat aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel di telefon pintar korang kalau korang nak dapatkan harga murah dan berpatutan tentang Pakej Hotel & Penerbangan. Semuanya hanya di TravelokaJom melancong dan bercuti sakan bersama Traveloka.

You Might Also Like

3 comments

  1. menariknyaaa kaki travel mesti suka ni...

    ReplyDelete
  2. Siapa yang sangat bertuah dan menang hadiah percutian ini dah?

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad