Sahabat Que 'Silent Readers'

Lake View College (LVC) Kolej Pilihan Untuk Sambung Belajar Selepas SPM

7/12/2017 12:55:00 pm


Selepas korang tamat SPM, 98% daripada kita semua WAJIB masing-masing berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Kan? Iyalahkan, masing-masing ada cita-cita untuk dicapai. Macam Abe, Abe target selepas SPM dulu, sekurang-kurangnya Abe wajib nak ada Diploma. Time tu, memasing berebut untuk mengisi UPU untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma sama ada di IPTA mahupun IPTS.


Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk menyambung pelajaran masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama adik-adik tidak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Tentu rasa kecewa kan?


Ada jugak kawan-kawan Abe pada ketika itu yang mula hilang minat untuk menyambung pelajaran dek kerana kecewa apabila tidak ditawarkan masuk ke mana-mana universiti awam di negara ini. Apatah lagi, apabila melihat rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan kita yang tak dapat UPU ?


Korang jangan risau, walaupun tidak berjaya melanjutkan pengajian peringkat diploma ke universiti awam seperti yang lain, korang masih berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma ke Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort.

Meh Abe 'story' sikit info tentang Lake View College (LVC) yang terletak di Persekitaran Bukit Merah Laketown Resort ni. Lokasi Lake View College (LVC) dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif. 


KURSUS YANG DITAWARKAN

LVC menawarkan program pengajian di peringkat Diploma di bidang

- Kejururawatan
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Kesihatan Persekitaran, Pengurusan Hotel
- Pengurusan Pelancongan
- Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.


YURAN PENGAJIAN?

Untuk makluman ibubapa dan adik-adik, LVC merupakan salah satu kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian antara yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Bantuan kewangan? Usah risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan hasrat adik-adik untuk menyambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land.


PELUANG SAMBUNG BELAJAR PERINGKAT LEBIH TINGGI

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


REKOD KECEMERLANGAN GRADUAN LAKE VIEW COLLEGE (LVC)

Selain itu, sehingga kini LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada.

BERMINAT?

Bagi mereka yang berminat, boleh layari laman web LVC, http://www.lvc.edu.my/ atau hubungi 
60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut.

Atau boleh layari Facebook : Lake View College

You Might Also Like

1 comments

  1. bgus gak ni sebab tk perlu sedih dan bazirkan masa tunggu next UPU . boleh trus smbung dip di sini

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad