Sahabat Que 'Silent Readers'

Lakaran model pertama Datsun didedahkan

12/16/2016 06:49:00 pm

New-Datsun-2

Datsun merupakan sebuah jenama yang pernah menghilang dari pasaran automotif dunia yang kini telah muncul kembali dengan nafas baru. Kemunculan semula jenama itu diumumkan pada bulan Mac 2012 yang lalu. Selepas lebih setahun, model pertama Datsun akan dipertontonkan kepada dunia dalam majlis yang akan diadakan di New Delhi, India pada 15 Julai 2013.

Sebelum diperkenalkan secara rasmi, lakaran model pertama Datsun kini sudah didedahkan oleh pengeluarnya, menunjukkan sebuah model dengan rekaan hatchback kompak yang bakal dilancarkan mulai tahun 2014. Model tersebut disasarkan untuk pasaran sedang membangun seperti India, Indonesia dan Russia, dan diikuti oleh pasaran Afrika Selatan selepas itu.

p/s : Datsun sudah kembali dengan meletakkan sasaran untuk menjual kereta pada harga lebih rendah berbanding jenama Nissan. Tetapi jika Datsun masuk ke pasaran Malaysia, berapa pula harganya nanti?


You Might Also Like

1 comments

  1. Klu masuk kat malaysia kompom hrga ratusan ribu...klu jual RM30k sape lak nk beli kete kroni/proton hampeh...kualiti entah kemane,harge mahal cam ketul emas...yg meluat tu kat luar murah cam besi buruk je..ini celakanya klu UMNO/BN Masih kat PUTARJAYA😠😠😠😠😠😠

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad