KAIO STUDIO Photographer & Cinematographer | Khairul Anwar Bin Abdullah

KAIO STUDIO Photographer & Cinematographer | Khairul Anwar Bin Abdullah | Korang ada tengok tak gambar-gambar masa Abe Blogger's Day Out Family Day minggu lepas? Memang TERBAIK gambar2 & video2 yang KAIO STUDIO rakam. Nah linknya Abe bagi (KLIK SINI)


Ada ramai jugak yang PM Abe bertanyakan pasal Kaio Studio ni. Tanpa buang masa, nah Abe kongsikan dengan korang semua INFO & Detail mengenai KAIO STUDIO milik En Khairul Anwar Bin Abdullah ni. En. KAIO, terima kasih atas tajaan gambar-gambar yang SUPERB untuk Family Day KBBA tempoh hari... Muahsss....
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kaio Studio

Pemilik Kaio Studio ni nama dia Kaio atau nama sebenarnya Khairul Anwar Bin Abdullah.. Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 



Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari

Sekarang Kaio dah fokuskan kepada Kaio Studio bersama teamnya sendiri... TAHNIAH..


Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.



Pencapaian Kaio Studio:

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini
• (Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
• (Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
• (Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8

Ni salah satu contoh Video Cinemathography KAIO STUDIO... Cantik bukan?



Bukan tu je tau, Kaio telah menang 1 pertandingan ni, nama dia, Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain. Hebat rupanya Kaio ni. Banyak benda yang kite tak tahu pasal dia..

Lagi info pasal KAIO


Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.



Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah (KAIO) juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’



Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.



Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.



Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.



Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.

Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.



Tahniah Kaio Studio. Kepada korang yang berminat nak dapatkan servis Kaio Studio bolehlah contact beliau.

Website  : www.kaiostudio.com

Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal, boleh follow yg bawah:

Instagram www.instagram.com/kaio_my


P/S: Abe jgk berbesar hati kalaulah KAIO STUDIO sudi untuk TAJA Photoshoot Tengku Ean Rifqee, hehehehhe... Ni bukan bodek tau, ni ayat mintak direct, hehehehehe... (MOOD: Muka Tak Malu)... Nah, intro pasal Ean Rifqee sikit...






Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Akif Imtiyaz said...

Fuyooo ...kaio studio mmg terbaik..mintak direct tu yg tk tahan tu Abe hehehe..mintak terusss hahaha..omeyy ean

Nadia Johari said...

Terbaikla gambar die..eheh gamabr ean pun ade

PinKy MoMMa said...

wah memang cantik2 gbr dia..suka tengok

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts