SAKIT... Mohd Saripudin (kanan) menunjukkan kecederaan dialami adiknya,
Isa akibat dipijak seladang di Hutan Royal Belum, Banding, Gerik
semalam.
GERIK: “Kami sempat melihat seladang itu menanduk rusuk kiri Musa,
menyebabkan dia melambung lima meter ke udara sebelum tersangkut pada
pohon buluh,” kata Isa Abdul Manas, 24, rakan kepada Musa Ismail, 55,
yang maut diserang seekor seladang di Hulu Air Pasir, Banding,
berdekatan Hutan Simpan Royal Belum, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang, Musa bersama Isa serta abangnya, Mohd
Saripudin Abdul Manas, 34, berkunjung ke kawasan itu untuk memancing
sebelum berdepan saat mencemaskan diserang haiwan liar berkenaan.
Musa yang juga penebang balak berasal dari Felda Bersia, di sini, menderita kesakitan hampir dua jam akibat cedera parah di rusuk kiri akibat rodokan binatang itu sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 8.45 malam. Isa yang ditemui di rumahnya di Kampung Kenayat, di sini, semalam berkata, mereka memasuki hutan untuk memancing ikan dengan berjalan kaki hampir tiga jam menerusi ‘lorong tikus’ di Kilometer 68.4 di Jalan Raya Timur Barat berdekatan Banding, di sini.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni