WANITA TEMUI SUAMI MATI TERGANTUNG | Segamat: Seorang lelaki berusia lingkungan 30an ditemui mati tergantung di ruang tamu rumah kos rendah dua tingkat miliknya di Taman Bukit Indah, Bukit Siput, di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Ana, 20-an, enggan ditemu bual kerana masih terkejut dengan kejadian terbabit. Saudara lelaki Ana yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Ana bermalam di kediaman ibunya di Kampung Paya Pulai bagi menyelesaikan urusan keluarga.
“Pasangan itu berkahwin tiga tahun lalu serta belum mempunyai anak. Mangsa bekerja di sebuah kilang menghasilkan peralatan kediaman di sekitar daerah ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni