Monday, 28 May 2012

Proton Prevé Hatchback?



16 April 2012, tarikh Pelancaran Proton Prevé. Tak pun sampai dua bulan Proton lancarkan model baru Proton Prevé. Sekarang ni, Abe dengar ada rumours baru mengenai kereta Proton Prevé versi Hatchback. Kalau betullah ada, cantik la jugak Abe tengok. Google punya Google, Abe terjumpa gambar-gambar ni... Apa komen korang? 



NGERI: Pegawai Polis Dibunuh, Disiat, Dikerat & Dikelar...




Salam.

Kat sini Abe cuba 'share' satu 'link' yang telah Sahabat Abe bg semalam. Bila tengok balik 'Link' tu, memang Abe terkejut parah... Istigfar 2 3 kali... Harap-harap mende-mende macam ni TAK AKAN berlaku kat negara kita ni...


AMARAN: Bagi sesiapa yang tak tahan dgn mende-mende macam ni, Abe galakkan jangan lah cuba-cuba nak tengok... Nanti kang, takleh makan seminggu... huhuhuhuh.

Isi kandungan 'Link' tu:

Dua Orang Polis di Mexico telah dibunuh, disiat, dikerat dan dikelar akibat cuba masuk campur dalam urusniaga Geng Dadah. Kemudian mayat-mayat mereka dihiaskan di hadapan Balai Polis tempat mereka bertugas.

Lagi gambar: 

Tekan Sini

EKSKLUSIF: Pemuda Londeh Seluar Depan Majistret...


 Sekadar Gambar Hiasan

Salam.

Sebelum Abe gi ke Hospital, sempat jugak Abe baca artikel ni dalam BHOnline pagi ni. Macam-macam la peel manusia zaman la ni. Pelik-pelik, huhuhuhuhu.


KUALA TERENGGANU:

Mahkamah Majistret, di sini, kecoh semalam apabila seorang pemuda yang menghadapi tuduhan mencuri bertindak di luar jangkaan dengan cuba melondehkan seluarnya.

Bagaimanapun, perbuatan Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 26, dari Kampung Tebakang, Marang, berjaya dihalang polis. 


Dia turut membuat bising di dalam kandang tertuduh dengan mendakwa dirinya gila serta meminta dihantar ke hospital untuk rawatan. 

"Bos (Majistret), saya memang melakukan curi tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat," katanya.

Sebelum itu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.


Dia didakwa melakukan pecah rumah dengan mencuri 50 ekor burung banji dan 45 arnab dianggarkan bernilai RM5,000 milik Lim Chew Siang, 41, di Kedai Menjual Haiwan Peliharaan dan Akuarium Ming Yu Two, Chabang Tiga, di sini, antara jam 7 petang 22 Mei hingga 8.55 pagi, 23 Mei lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 457 KK berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Abdul Hayyi kemudian memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula kes. 


sumber: BH Online 28.05.2012
Sunday, 27 May 2012

EKSKLUSIF: Video & Gambar Kemalangan Di Himpunan Jutaan Belia 2012



Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas & dan gagal dikawal.

Korang tgk terus ke 5:30

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.


p/s : inilah akibatnya apabila program dipenuhi dgn maksiat, Allah tidak menurunkan barakah... Takziah kepada mangsa dan keluarga. Tengok gambar dibawah ! Bangga sungguh


Pengisian rohani dengan mendengar muzik? Habis apa guna zikir, baca al-quran, dengar tazkirah? atau Abe ini yang ketinggalan zaman?



Disumpah Akibat BerZINA... Nauzubillah


Salam.

Sedang Abe belek-belek Youtube, terjumpa pulak Video ni.
 
Difahamkan, ianya video seorang wanita di sumpah kerana melakukan maksiat di bumi Allah. Lihatlah video ini sebagai pengajaran dan taladan. Benar atau tidak ambil saja iktibar dan jangan lakukan zina yang keji itu. BENAR atau REKAAN?, Abe tak dapat nak mengesahkan kesahihannya...

Sedikit Info Ilmiah yang Abe dapat berkaitan ZINA

PENGERTIAN ZINA

Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yg bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA

Seseorang yang melakukan Zina, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Saturday, 26 May 2012

Bila Kipas Berpusing..





Apa maksud 'Kipas' Abe? Soalan ni dulu ada pernah kawan Abe tanyakan pada Abe... Abe terus je bagi jawapan mudah, 'kipas' tu alat letrik laaaaa...

Abe dpt lihat mimik mukanya macam 'bengkerk' je bila Abe jawab lagutu... Rupanya, pertanyaan sebenarnya bermaksud ke Arah lain... 'Kipas' seperti yang dimaksudkannya ialah 'bodek'... Dia tanya Abe skali lagi, Abe pernah 'kipas' sapa-sapa tak?

Bila Abe dah paham maksudnya, mudahla bagi Abe untuk jawab soalannya... Tak tunggu lama, Abe pun terus jawab... YA... Pastu Abe tanya dia balik, kamu? Dia pun cakap YA jugak...

Pastu kami 'share' banyak benda... Ramai yang men'gipas' untuk Naik Pangkat, nak mengampu, macam-macamlah...

* korang tahu tak sesuatu: kat Malaysia ni, kadang-kadang satu perkataan tu bukan setakat membawa satu maksud je. Contoh Abe bagi je perkataan 'kipas' ni, ada banyak lagi perkataan lain yang bawa dua atau lebih maksudnya. Korang pikir sendirilah ye :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Aishwarya Rai kembali slim...



Aishwarya telah mengejutkan para peminat apabila tampil lebih langsing pada acara karpet merah dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

Tampil dalam busana rekaan Abu Jani-Sandeep Khosla, bekas ratu cantik dunia itu kelihatan menawan dan telah memukau hadiran yang terlihat kelibatnya.

“Walaupun masih kelihatan sedikit berisi auranya sudah cukup untuk membuatkan orang lain terpukau dan Aishwarya cukup cantik,” ujar salah seorang peminatnya.

Aishwarya dalam satu temubual sebelum ini pernah memberitahu dia sangat bahagia bergelar seorang ibu dan tidak kisah mengenai masalah berat badan yang sedang dihadapinya. SELEPAS beberapa bulan melahirkan anak pertamanya, pelakon jelita Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan mengambil keputusan untuk membuat kemunculan pertamanya selepas bersalin di Festival Filem Cannes 2012.

Isteri kepada Abhishek Bachchan itu sebelum ini telah dikritik hebat oleh media antarabangsa apabila masih gagal mengembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan seorang anak perempuan pada November tahun lalu.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Friday, 25 May 2012

FAKTA: Tentang KUCING...


images 6 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..

Salam, 

Saja je malam ni Abe nak kongsi Info pasal kucing dengan korang semua... Sekadar bahan bacaan untuk menanbah pengetahuan, apa salahnya singgah baca ye... tq

~ Kucing yang matang memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya, sementara anak kucing memiliki 26 buah gigi.
~ Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir tuli, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya.      
misai (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..

~ Misai pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udarabahkan yang kecil sekalipun. Kemampuan ini membuat kucing boleh menggunakannya sebagai alternatif untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak boleh melihat. 
~ Walaupun kucing mempunyai 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari padakaki belakang. Namun pada beberapa kucing dapat lahir dengan jari banyak sampai 7bahkan dengan tulang tambahan.
~ Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu sama dengan 10 tahun usia manusia.
~ Jika anda memerlukan sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, kerana kencing mereka menyala dalam gelap.
~ Tahukah kamu, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu spesies, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, danseumpamanya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 spesies.
~ Kucing telah berasosiasi dengan kehidupan manusia sekurang-kurangnya sejak 3500tahun yang lalu. Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan pengerat lain dari hasil tuai mereka.Namun, percaya atau tidak, di dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yangtermasuk laluan murni atau kucing bangsa. Selebihnya, adalah kucing hasil pencampurandari pelbagai bangsa atau biasa yang kita sebut sebagai kucing kampung. Kerana itu,kucing bangsa termasuk kucing yang paling sering anda cari dan mahal harganya.
~ Kucing biasanya mempunyai berat badan antara 2,5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10kg, kecuali diberi makan berlebih.
images 61 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..

~ Dalam penangkaran, kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di persekitaran keadaan moden hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.
~ Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka mempunyai daya pembersihan yang kuat, tapi dapat mencetuskan alahan pada manusia.
~ Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Waktu tidurnya berubah-ubah di antara 12 - 16jam sehari, dengan angka rata-rata 13 - 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.
~ Percaya atau tidak, di abad pertengahan kucing dianggap berasosiasi dengan penyihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi. Sejumlah ahli sejarah percaya bahawa wabak Black Death atau wabak pes menyebar dengan cepat diEropah pada abad ke-14 akibat tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan populasi tikus yang membawa wabak pes.
~ Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing berpendar di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang membolehkan kucing untuk dapat melihat di kegelapan.
~ Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata ”Meong”. Dalam bahasa Inggerisyang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan ”Meow”. Di negara Inggerissendiri, suara kucing ditulis ”Miaow”. Kalau bahasa Jepun sering ditulis dengan kata ”nya”.

Adakah kucing anda tergolong dalam fakta di atas?

Fizz Fairuz 'bengkerk'?


Keikhlasan niat lamar Almy Nadia dipersoal

RAUT wajah Fizz Fairuz sedikit bengang apabila ditanya mengenai keikhlasannya lamarannya kepada Almy Nadia dipersoalkan. Membuatkan rasa tertekan apabila media sering bertanya bila sebenarnya dia hendak melamar buah hatinya itu. Bertambah geram apabila diminta mengulas Almy yang disiarkan dalam Bipop Berita Minggu pada 20 Mei lalu yang mengatakan kurang yakin terhadap hubungan mereka. Wajahnya seolah-olah menahan marah apabila dia terus diasak dengan soalan sama. Tapi Fizz pula memberikan jawapan kurang jelas sehingga menimbulkan lebih banyak persoalan kepada media. Mungkin sudah tertekan dengan asakan media yang ingin mengetahui status lamarannya itu, Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita (ABPBH2011), berdolak-dalih dengan kenyataannya dan berkata berserah kepada ketentuan Ilahi. Fizz yang banyak bermain dengan kata-kata apabila ditanya mengenai kenyataan Almy kepada media selepas luahannya itu, lalu menuduh Almy terlalu mempercayai orang luar daripada dirinya.

“Saya seorang yang tak suka berjanji. Saya kata kalau menang ABPBH, Insya-Allah akan melamar dia (Almy) tetapi bukan sekarang. Kalau tahun depan sekali pun, ia tetap selepas saya menang anugerah, soalnya sekarang belum tahu bila.

“Emak saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 1 Jun ini dan tunggu emak saya pulang dari umrah” katanya.

Fizz yang ditemui di satu majlis sambutan Hari Ibu di sebuah hotel di ibu negara, semalam seolah-olah menyalahkan sebuah program hiburan TV yang sengaja menggembar-gemburkan ceritanya itu. Ini jelas apabila Fizz enggan memberikan sebarang komen ketika ditemubual program terbabit berbanding media lain. Pelakon ini seperti hendak menyalahkan Almy dengan menyifatkan kekasihnya itu sengaja mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa perhubungan mereka bagaikan retak menanti belah dan meminta Almy berhenti berbohong kepada media mengenai perkahwinan mereka.

“Apa motif dia berbuat demikian? Saya nak tanya, kenapa lebih mempercayai orang lain daripada saya sendiri?

Perhubungan kami masih seperti biasa, malah baru-baru ini saya ada keluar bermain badminton dengan dia.

“Buat apa nak berbincang sedangkan tiada apa yang perlu dibincangkan. Saya sudah cakap, soal jodoh terserah kepada Allah jadi saya tidak boleh merancang,” katanya.

Memberi ruang kepada kekasihnya itu mencipta nama dalam bidang seni, Fizz sentiasa menyokong Almy dan merasakan ini adalah masa untuk menaikkan lagi bakatnya daripada mendengar gosip liar. Mahu mengecapi kebahagiaan dengan kemenangan yang diperoleh itu, dia tidak mahu kejayaannya terhenti di sini sebaliknya mahukan pencapaian yang lebih baik lagi daripada sekarang. Selama lima tahun menyulam cinta, perhubungan mereka kian tidak berpenghujung.

Bagi ibu Fizz, Noor Haizan Jantan, 65, enggan mencampuri urusan peribadi anaknya itu. Menyifatkan anaknya seorang yang baik dan patuh kepada orang tua, Noor Haizan menuruti apa saja keputusan yang dibuat Fizz.

“Mulanya ada juga dengar nak melamar tetapi itu terserah pada dia. Mungkin dia belum bersedia. Dia tak cerita tentang niatnya untuk melamar dan mak cik tidak ambil kisah hal mereka janji mereka suka sama suka. Dulu Almy selalu datang ke rumah tetapi akhir-akhir ini sudah tidak ada, mungkin dia sibuk. Bagi mak cik, siapa pun pilihan Fairuz, mak cik terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

*credit to: informasi.my

Published with Blogger-droid v2.0.4

iPad Buatan Malaysia?




RM999.00? Mahalnya... Kenapa mahal sangat? Kata jenama Malaysia, buatan Malaysia? Entahlah... mungkin 'spec'nya ter'canggih kot... 'Latest' punya teknologi agaknya...

Tapi  pada Abe, kalau harga yang segitu 'tak berapa murah' tu, susah wooo nk pikat pengguna untuk beli... Pengguna lebih cenderung untuk beli Pad yang berjenama, yang memang terbukti kecemerlangannya...

*patutnya, dah tahu itu label 'Brand' Malaysia, harga RM999.00 tu agak KURANG murahla, huhuhuhh... Tak jauh beza dari Samsung Galaxy Tab 7.0Plus & iPad 2... 'for sure' pengguna 'prefer' yang 'branded'... Abe bukan tak sokong barangan Buatan Malaysia, CUMA..... huhuhuhu
Thursday, 24 May 2012

Indahnya Ciptaan ALLAH...






Bila Abe tgk sekumpulan Ikan yang jinak ni, Abe terpaku... Sangat terpaku... Sangat bersyukur... Sangat terharu... Betapa agungnya ciptaan Yang Maha Agung, ALLAH S.W.T.

Ya Allah, Agungnya CiptaanMu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

DIET: Khasiat Oat...


Oat adalah makanan paling ringkas dan mudah untuk berdiet. Tahukah korang oat digelar raja serat? Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan kita mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Manakala serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. So, semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan seperti sembelit dan buasir.

Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain. 

Menu diet yang dianjurkan 1:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Menu diet yang dianjurkan 2:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


Kereta Emas? biar betul...



Betul, ni dah ada dah pun. Kereta ni milik Anak salah seorang Jutawan Minyak Arab Saudi. Dipercayai kereta ini disalut Emas 24karat diluar & ditatah dengan kepingan Emas Sepuh dibahagian dalam. Harga? Abe pun tak pastilah, korang sume agak? Mesti mahal kan... Apa-apapun, apa guna nak menunjuk nunjuk kat orang, nanti naik riak...

Dunia... Dunia...

*untuk makluman, kereta Proton Emas (kereta elektrik) buatan Malaysia akan mula dijual tak lama lagi... Tapi kereta tu taklah disepuh Emas sama seperti kereta kat atas tu...



Published with Blogger-droid v2.0.4

PETUA: Mantapkan Body






Senang je nak Mantapkan Body, ikut je petua ni... Cara pemakanan kena jaga... Igt, makan telor seari 10 biji... Kuning telor buang... Kalau amik pun, sekadar 2 biji kuning telor je... Pastu masak ngn Brokoli...

Telor kena beli banyak2. Bila dah beli banyak2, kena susun cantik2 macam sofa ni ye...

Cara masak: sesedap rasa masak lah korang ye, hasilnya? Korang tengoklah dalam gambar last kat atas tu ye... Hebat kan?

*resepi ni Abe hantam sembrono je, Abe penah cuba sekali je... Pastu xdan masa nk wat lagi... Pasni, resepi ni akan jadi rutin setiap hari Abe... Kena makan dengan buah, lagi Kowwwww. Nak tahu tak Abe dpt drp siapa resepi ni? Hehehee, Ben Ashaari punya resepi...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Wednesday, 23 May 2012

Rezeki Sesuap Nasi... Iman Semut VS Iman Manusia




IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.

Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: " Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 Untukmu, 9 Untukku






Aduhai muslimah Ratu persona yang mendamaikan,
Maafkan Abe kiranya nukilan ini membuatmu menjauhiku.

Abe tahu kerana Abe juga begitu.
Abe tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Abe tahu kerana Abe juga begitu.

Bukan Abe tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat

Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
TerciptaNya kamu dari serpihan penuh rahsia

Yang mohon dituntun penuh waspada
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu

Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Abe bimbang jika Abe bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu

Kupohon kau jagalah peribadimu,
Jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi

Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria

Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.

Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.
Abe tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Padamu selalu Abe bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.

Bukan Abe tak bersungguh denganmu seadanya.
Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Bukan ini diskriminasi ilahi

Harus kau ingat wahai puteri
Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta
Abe tidak mahu kasarnya sentuhan,
Bukan Abe tidak kasih padamu, bukan juga Abe tak kisah padamu
Abe bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'iyah

Tuesday, 22 May 2012

Gambar AISHWARYA RAI: Dulu & Kini...



Perlu ke Berpantang ni? Tu soalan yang biasanya orang akan tanyakan pada Si Isteri yang baru lps bersalin. Kalau Si Isteri kena berpantang, Si Suami pulak macamana? Kena berpantang jugak ke? Yela kot... Suami pun kena berpantang sama... So, dua-dua kena Berpantang ek? Ok ok... Sebab tu la kot, ada sorang kawan Abe tu, sedang berpantang sekarang ni, hehehhe... Bagus betul dia... Utk masa hadapan...

Melalot betul Abe ni. Ape kaitannya ngna Berpantang dgn gambar Aishwarya Rai ni? Orang kata, Si Aishu ni jadi Schumel macam gambar kat atas tu sebab tak berpantanglah... Difahamkan, lepas bersalin bulan 11 tahun lepas, dia tak berpantang pun...

Bagi Abe, ikut pandai dialah, jnji dia sihat. Mungkin dia nak habiskan masa dengan Baby sulung dia kot... Lagipun, dia dah kaya dah... Tak perlu kerja dah...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Monday, 21 May 2012

Ya Allah, Rezeki Qhaliff...


"Alhamdulillah, Rezeki Anak. Rezeki Qhaliff "

Ini ungkapan pertama yang Abe sebut bila Abe dapat tahu Sahabat Abe, Ben Ashaari yang baru hari ni di'call' oleh wartawan TV3 utk dijelaskan mengenai projek untuk Hari Bapa akan dtg . Tak silap katanya , 10hb ni ..

Hari pertama kehadiran Qhaliff, orang yang paling gumbira 'for sure' lah Mummy ngn Dedi dia. Pada masa yang sama, kami-kami pun tumpang gumbira dengan kehadirannya... Abe memang rasa amat bertuah sebab Abe buleh dikatakan antara orang YANG TERAWAL dapat dukung Qhaliff. Gambar di atas ni dirakam oleh Dedinya pada umur Qhaliff tak sampai sehari lagi kelahirannya dekat Hospital Putrajaya... Masa tu, Qhaliff memang dah bulat dah, hehehehe. Hari tu jugak, Dedinya ada bagitahu Abe yang bayinya akan diletak nama Qhaliff Iman... (kiranya jugak Abe antara yang terawal tahu kot pasal nama ni, hehehe)

Sejak kelahiran Qhaliff, Abe lihat 'orang tua'nya tak putus-putus diberikan Rezeki yang pelbagai oleh ALLAH S.W.T... Abe tumpang gembira...


*betullah kata orang, Zuriat Itu Pembawa Rezeki Yang Melimpah Ruah... Semoga, ALLAH S.W.T akan sentiasa memberikan REZEKI yang melimpah ruah untuk Keluarga ini, InsyaALLAH...

Gambar Dato' Siti Nurhaliza.. di zaman sekolah



Salam.

Belek punya belek, search punya search, Abe ada terjumpa pulak gambar lama ni. Schumel je Abe tengok. terus Abe zassssssss, download wat entri... walaupun entri simple...

Suka ngat Abe tgk gaya ke'Nerd'an Dato' Siti. Tobat memang schumel... Baju pink kaler lagi...

*setuju tak dgn Abe? Schumel kan.....

ZINA: Soalan & Jawapan


Abe terasa nak berkongsi soalan yang pernah seorang sahabat Abe tanyakan pada Abe. Abe memang tak dapat jawab, pastu Abe ada merujuk kepada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Alhamdulillah, Ustaz Zaharuddin jawab pertanyaan Abe.
Soalan:
Assalammualaikum Ustaz ,
Ada satu pemasalahan yang tidak tertanggung oleh sahabat saya sekarang, saya harap ustaz boleh membantu saya dengan memberi jawapan dan hukumnya serta apakah tindakan yang perlu diambil oleh sahabat saya untuk memastikan dia tidak melakukan dosa walaupun yang tidak dia sedari. Ceritanya  pada saya macamni Ustaz:
Dia nak tanya ape yang dia boleh buat kalau dia terlanjur dengan bukan mahramnya?? Ape yang dia nak buat untuk dia tebus dosa-dosanyaa?? adakah semua solat-solatnya selepas tu tidak diterima ALLAH S.W.T?? Katanya dia menyesal ustaz....... katanya juga dia cuba kawal dirinya tapi nafsunya tetap liar...
Ulasan Ringkas Ustaz Zaharuddin
Maaf saya katakan, semua boyfriend atau kekasih yang merayu dan memberitahu secara terbuka kehendak seksualnya kepada teman wanitanya atau sebaliknya adalah lelaki dan wanita yang TIDAK BAIK dan berisiko untuk dijadikan teman hidup. Demikian jika diikutkan kepada sifir normal kehidupan. Kecualilah ia disambar kilat keinsafan.
Tindakan teman lelaki yang mendedahkannya tidak lain kecuali permainan Syaitan dan nafsu lelakinya untuk memerangkap gadis agar merasa simpati hingga akhirnya menyerahkan tubuh kononnya atas dasar cinta.
Jika sahabat saudara benar-benar kasihkan gadis itu, KETAHUILAH melayan teriakan nafsu teman lelaki tadi bukanlah membantu sama sekali, sekali lagi saya nyatakan sebarang tidakan melayan nafsunya BUKAN MEMBANTU tetapi menghukumnya dan menghukum diri anda sendiri. Iaitu menghukum diri untuk dihumban ke jalan neraka. Insaflah. 
Tindakan itu hanya disukai oleh Syaitan kerana berpeluang  menjatuhkan anda berdua ke lembah hina zina. Saya setuju dengan ulasan seorang rakan saya yang mengatakan
"Sekali si wanita itu berikan tubuhnya kepada kekasihnya kononnya atas dasar kasih dan simpati"
"Selepas itu, tiada lagi sebab kukuh untuk si lelaki mengahwini si wanita dan rasa kasih kepada sang wanita itu. Kerana wanita yang telah menyerahkan tubuhnya sebelum kahwin (tanpa merasa kesal dan taubat) adalah wanita yang para lelaki fikirkan TIDAK sesuai dijadikan isteri, mereka hanya untuk permainan sahaja. Malah wanita tadi telah menjatuhkan nilainya kepada kategori wanita murah, tiada nilai lagi untuk dijadikan suri hidupnya"
Saya tidaklah setuju seratus peratus (atau secara pukul rata kepada semua kes) dengan kesimpulannya namun saya bersetuju bahawa kebanyakannya akan berakhir demikian. Jika berkahwin sekalipun, penceraian akan menjelma dalam beberapa tahun sahaja.
Kesimpulannya, hentuikanlah rasa simpati tidak bertempat dan nasihatilah teman lelaki anda, dan jalan keluar hanyalah berkahwin dengan segera.
Syarat terpenting juga, adalah jauhilah berdua-duaan kerana itulah punca sentuh menyentuh berlaku dan akhirnya ke lembah zina. Sekian. 

Artis Tersohor Abad ini...



Tak sangka, tanggal 13 Mei ritu, Abe dah jadi Artis.. Artis Poyo... hehehheheh. Que, tulun nyanyi selagu..... Please... (pemintaan daripada pengantin) Ape lagi, Abe ni kalu bab 'Enterprem', memang laju.... sama macam Cik Ina kecik Molek, kuikuikui. Ombak Rindu (klik utk tgk ye, jgn kutuk sudaaaa) woooo




Sunday, 20 May 2012

Aishwarya Rai Obesiti?



Bekas Ratu Dunia Obesiti? Huhuhuhuhu...

Sedangkan wanita 'terchantek' dunia pun boleh obesiti inikan pulak kita...huhuhu *Jgn kata org demok ye, tak baik.. Apa dah jd ni.. byk sgt dah msk angin ni... hahahahha

Memang dah tak boleh nk kata apa...kalo tak jaga pemakanan, tak bersenam...sesiapa pun boleh jadik mcm tu... Korang jaga pemakanan tak??? hahahha

*seram sejuk Abe tgk gambar Aiswarya Rai ni, macamana ek kalu Abe jd sebulat tu, huhuhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.4

Makanan Eksotik...




Dekat sini, banyak wooo Makanan Eksotik... Abe teringit la nak makan Ulat Mulong, member gtau sedap. Tu pasal teringin sangat. Ritu Abe sempatlah gi ke Market, nk gi caru Ulat Mulong... Naseb baik tak dak... Kalau ada, sure dah makan dah. Abe ni kalau bab makanan, sume buleh masuk, tak pernah nak tolak... Ok je makan apa-apapun. Syaratnya, HALAL...

Cerita pasal Ulat Mulong ni, tadi baru sempat Abe Google... Orang kat sini cakap, Ulat Mulong ni HALAL dimakan... Tapi bila Abe google, http://demoloni.wordpress.com/2009/03/17/ulat-sagumulong-sarawak-haram-dimakan/. Rupa-rupanya tak HALAL utk dimakan, huhuhuhu

*nasib baik Abe tak sempat makan

Published with Blogger-droid v2.0.4

MOTIVASI: Kisah Kucing



Cuba meneliti sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Cuba memerhati daripada sudut pandang seorang yang berfikiran matang.

KISAH KUCING.

Mereka pergi ke taman untuk berkelah sekeluarga. Apabila si ibu mengeluarkan makanan, mereka dapati makanan yang terhidang itu kekurangan garam. Lalu salah seorang daripada anak mereka, diminta untuk pergi mendapatkan garam.

“Saya tidak mahu. Nanti semasa saya tiada, kamu semua akan habiskan semua makanan” kata si anak.

“Tidak. Mana mungkin. Kami akan tetap menunggu” jawab si ibu.

“Betul. Lagi pun tidak enak makan tanpa garam. Pergilah!” pinta si ayah.

“Adik janji, adik tak usik makanan itu sampai abang pulang!” ikrar si kecil.

Setelah puas dipujuk, akhirnya kucing Abang itu bersetuju. Dengan hati yang berbelah bagi, ia pergi mencari garam.

10 minit.


20 minit.


1 jam.


2 jam.

Si Abang itu tidak pulang. Keluarganya sudah amat kelaparan. Mereka hairan mengapa sukar benar hendak mendapatkan garam. Kerana terlalu lapar, akhirnya si bapa mencubit makanan yang terhidang, demikian juga si ibu dan adik kecilnya.

“Hah!!!” tiba-tiba Si Abang itu menyergah dari balik semak. Mereka sekeluarga terkejut.

“Kan saya dah kata. Kalian tidak akan menunggu saya pulang. Kalian akan membelakangkan saya. Sudah berjam-jam saya memerhatikan kalian dari balik semak. Dan ternyata, sangkaan saya tepat!” tegas Si Abang. Oh, rupa-rupanya selama ini dia tidak pergi mencari garam. Dia hanya berpeluk tubuh di sebalik semak dan menunggu sahaja untuk apa yang difikirkannya terjadi. Dan ia benar-benar terjadi!

Perhatikanlah…FIKIR, Berapa banyak kejadian dalam kehidupan ini, berpunca daripada apa yang kita fikirkan, tanpa kita sedar. Kita bergaduh dengan isteri, kita sakiti hati dia, kita tidak berusaha mengambil hati sang isteri. Akhirnya isteri buat perangai, dan kita kata, “hah, tengok! Engkau memang tak boleh diharap!”


Tidakkah semuanya terjadi berdasarkan apa yang kita fikir? Kita mahu ia terjadi. Ia memilih tindakan-tindakan yang menjurus kepada terjadinya ia. Dan akhirnya, kita ‘berpura-pura’ terkejut apabila ia terjadi. Abe mengambil risiko ini, bahawa perubahan amat sukar dijana dalam masyarakat semasa yang ada, kerana keserabutan cara kita berfikir. Sesuatu yang mudah, menjadi susah. Masalah kecil menenggelamkan masalah besar. Penyelesaian bersimpang siur dan tidak berfokus. Desakan perubahan pula mengisar pendekatan yang serupa. Kita juga tenggelam dalam masalah yang kelihatan, hingga tidak dapat menyentuh masalah sebenar.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Saturday, 19 May 2012

Kera Di Hutan Di Susukan...



'Kera Di Hutan Di Susukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan'.

Abe tak rujuk pada sapa-sapa. Abe tak sindir sapa-sapa... Abe cuma terkilan je. Sebab apa, Abe duduk di bumi sendiri tapi rasa seperti duduk di bumi asing. Terlalu asing bagi Abe.

Kenapa Abe ckp macam ni? Smlm Abe sempat gi ke satu pasar di Kawasan ni... Nak tahu tak apa yang Abe lihat? Abe pergi ke Pasar (sini dorg kenali sbg Market), Abe tak jumpa pun Orang Local yang berniaga kat situ... Sume kedai di'conquer' oleh bukan Orang Local... Faham kan apa maksud Abe, faham kan apa yang Abe nak sampaikan kan?

Abe pun pelik la bila tgk balik, macamana bukan Orang Local boleh sewenangnya menjajah bumi kita? Salah siapa? Macamana kes ni buleh berlaku? Abe memang ada jawapan, cuma Abe pendam je atas sebab tertentu...

Dunia... Dunia...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bangla Untuk Dijual?



Ada ke? Kat Kelantan tuu... Sapa berminat nak gi beli, silalah ke Kelantan... Harga? Tau tahulah. Entah murah atau mahal, Abe tak tahu... Hahahaha

Macam tu punya 'printing error' pun buleh berlaku, kalau saiz Banner tu besar tapak tangan, Abe maafkanlah. TAPI Banner ni besarrrrrr saiz besarrrrrr, Mustahil wooo tak perasan 'printing error' tu. Huhuhuhu

Macam inilah dalam 'life' kita, kadang-kadang sesuatu kesilapan tu disengajakan untuk buat-buat tak nampak walaupun Hakikatnya memang NAMPAK!!!!!

*kalaulah betul ada sungguh lah Bangla Untuk Dijual ni, sape ek yang nak beli? Dunia-dunia...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com