[TERKINI] Norfarhan Muhammad The Red Warriors [TRW] Sah Ke Terengganu 2014 | SPEKULASI PENGHIJRAHAN NORFARHAN TERJAWAB
11/14/2013 01:22:00 pm
[TERKINI] Norfarhan Muhammad The Red Warriors [TRW] Sah Ke Terengganu 2014 | SPEKULASI PENGHIJRAHAN NORFARHAN TERJAWAB | Bintang sayap sensasi Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad menamatkan 
spekulasi apabila mengesahkan dia kini milik Persatuan Bola Sepak 
Terengganu (PBSNT).
Norfarhan yang terkenal dengan jolokan ‘Ben 10′ berkata, perpindahan 
ke negeri kelahirannya, Terengganu bukan disebabkan faktor ‘wang’ tetapi
 atas sebab keluarga.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Katanya, sudah sampai masanya untuk berbakti di negeri sendiri setelah berkelana bersama pasukan lain sejak sekian lama.
“Saya sahkan saya kini milik PBSNT tetapi untuk beraksi dengan 
pasukan Terengganu atau T-Team ia masih belum diputuskan dan saya 
menunggu keputusan daripada Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan 
Abdul Hamid untuk memutuskannya.
“Bila dapat peluang beraksi di bumi sendiri, saya tidak boleh 
lepaskan. Saya fikir bola sepak bukan untuk jangka masa pendek tetapi ia
 untuk masa depan dan keluarga.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku 
Ismail Sultan Ibrahim kerana memahami situasi saya hadapi sekarang,” 
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Kemelut perpindahan penyerang kelahiran Wakaf Tapai, Terengganu itu 
timbul apabila dia disenaraikan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak 
Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di antara lapan pemain yang bakal 
meninggalkan pasukan The Red Warriors.
Bagaimanapun, spekulasi timbul selepas Norfarhan yang sebelum ini 
bersetuju untuk menyertai pasukan Johor Darul Takzim membatalkan hasrat 
tersebut dan dikatakan mahu kekal di Kelantan. Malah, ada laporan mengatakan wujud ‘tarik tali’ antara kedua-dua pasukan tersebut untuk mendapatkan khidmatnya.
Pemain berusia 28 tahun itu mula menyertai Kelantan pada 2009 sebelum
 kembali ke negeri asalnya untuk beraksi dengan T-Team dua tahun 
kemudiannya.
Bagaimanapun dia kembali menyertai The Red Warriors pada musim lepas.
Dalam pada itu, Norfarhan mengucapkan terima kasih kepada KAFA, Annuar dan peminat setia The Red Warriors kerana membantu mengembangkan kerjayanya dalam bola sepak.
“Saya memberikan penghargaan tertinggi kepada Annuar kepada menghidupkan kembali suasana bola sepak di Malaysia.
“Tidak ada perkataan yang dapat saya ungkap ke atas sumbangan dan 
jasa Annuar serta seluruh warga bola sepak Kelantan yang membantu untuk 
meningkatkan kerjaya saya,” katanya.
Sementara itu, Annuar melalui laman sosial facebook berkata, KAFA 
telah menawarkan gaji tertinggi yang tidak pernah ditawarkan ke atas 
mana-mana pemain kepada Norfarhan supaya dia kekal bersama The Red Warriors.
“Dalam usaha mendapatkan Farhan (Mohd. Norfarhan), KAFA telah 
menawarkan gaji paling tinggi pernah kita buat kepada mana-mana pemain 
tempatan, namun dia memilih untuk ke Terengganu.
“Kita berpuas hati dengan segala usaha yang telah dilakukan dan 
menghormati pilihannya. Kita ucapkan selamat maju jaya kepadanya,” 
katanya.-utusan



0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"