7 AZAB KUBUR | Kisah NYATA Yang BENAR Sepertimana Yang Diceritakan Oleh PENGGALI KUBUR
11/10/2013 10:58:00 am
7 AZAB KUBUR | Kisah NYATA Yang BENAR Sepertimana Yang Diceritakan Oleh PENGGALI KUBUR | 7 azab yang dilihat 
pengali kubur  Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali 
kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.

Pada suatu hari, pemuda 
tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan 
kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dia 
berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku 
telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa
 mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku
 yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
Yang pertama, aku 
lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku
 menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun 
membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya 
pemuda itu. Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah 
mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. 
menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat,
 bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli 
ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku 
lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang 
lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat 
wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****.
Mengapa begitu halnya, 
wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka 
itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
 Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika 
sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda 
itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku 
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila 
aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu 
gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan 
harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan
 keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang 
hitam warnanya. 
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli 
ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada 
kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama 
sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
Ku 
lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit 
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung 
pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan 
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan 
tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. 
pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
 bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah 
tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu 
siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali 
semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi
 air hitam yang amat busuk baunya,”
Wahai pemuda, itulah golongan yang 
memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi. 
Wahai 
guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum
 dan berseri-seri pula wajahnya.
Mengapa demikian halnya wahai tuan 
guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda,
 mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula 
dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh 
keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya 
mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t 
kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di 
pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun 
amalan sebesar zarah. Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau 
hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik
 yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.


0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"