BAJET 2014 | 81,000 Penjawat Awam Terima Opsyen Kenaikan Gred Bulan Ini
11/02/2013 03:05:00 pm
BAJET 2014 | 81,000 Penjawat Awam Terima Opsyen Kenaikan Gred Bulan Ini | PUTRAJAYA – Lebih 600,000 penjawat awam 
yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di 
bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan 
Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas 
dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua 
jabatan masing-masing.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
 
Menurutnya perjumpaan dengan bahagian 
sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi 
maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat 
mungkin.
Bercakap pada sidang akhbar selepas 
mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, 
Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu 
akan kekal dalam skim atau jawatan asal.
“Antara penambahbaikan itu ialah 
kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, 
pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa 
skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan,” katanya.
Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan 
itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang 
bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.
Berikutan penambahbaikan terhadap 81 
skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada
 dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar
 Osman berkata, kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan 
seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta 
pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim 
perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.
Sementara itu Omar berkata, skim-skim 
lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih 
mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.
“Untuk skim yang lain, kami sedang berunding,” katanya. – Bernama



1 comments
semoga ke arah yang lebih baik.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"