7 Sebab Kenapa Kita Perlu KAYA Dan BERJAYA | MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI
11/23/2013 09:00:00 pm
7 Sebab Kenapa Kita Perlu KAYA Dan BERJAYA | MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI | Sebab Pertama: Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 
iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat 
& impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan 
mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung
 mereka?baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."
3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, 
hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan 
mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana
 mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan 
mereka.
Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."
4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang 
menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik
 sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita 
rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka 
sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang 
jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."
5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada 
disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita 
buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah 
wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah 
kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia 
sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."
6. Bila 
Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, 
mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka 
membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita
 mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, 
bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita 
dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG 
ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang
 anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."
7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka 
hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang 
alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita 
masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu 
ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita 
bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan 
bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa 
kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita 
dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat 
sangat besar pada kita...
Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 
orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2
 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan 
sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada 
mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat 
HEBAT!
MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....
Sekadar perkongsian buat diri sendiri & saudaraku sekalian...........


1 comments
Artikel ini amat dekat dengan saya. Terima kasih kerana artikel ini memberi semangat sekaligus pendorong kearah yang positif. Kerana dalam bab penjagaan ibu/bapa uzur tua ini' soalan ini sukar dijawab dan perlu 'bergaduh' sesama sendiri mencari jawapannya : Siapa diantara kita 10 adik-beradik sanggup meninggalkan karier menjaga sepenuh masa ibu/bapa kita yang terlantar uzur? Atau si anak hanya menjeguk sekali-kali dirumah jagaan orang tua. Fikirkanlah.. Kalau anda masih ada ibu/bapa baca dan fahamkan artikel ini.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"