6 Laluan Tikus Rentasi Sempadan Malaysia Thai Dikesan | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU
6/11/2015 08:35:00 am
6 Laluan Tikus Rentasi Sempadan Malaysia Thai Dikesan | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | KANGAR Kira-kira enam laluan tikus dikesan di sekitar sempadan 
Malaysia-Thailand di Perlis yang dipercayai digunakan sindiket 
pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Syed Omar Nor
 Mahizan Kasim berkata laluan tersebut telah diguna pakai ejen sindiket 
untuk pemerdagangan manusia yang dipercayai wujud sejak lebih 10 tahun 
lepas.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Laluan merentasi sempadan Malaysia-Thailand ini telah disalah guna 
pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan sindiket yang asalnya 
digunakan oleh penduduk tempatan berikutan perhubungan persaudaraan 
ketika itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Antara laluan pintas bagi merentasi sempadan adalah Felcra Lubuk 
Sireh, Felda Mata Ayer, Ladang Tebu Chuping, Wang Kelian dan Kampung 
Syed Omar/Kampung Puju dan Bukit Batu Putih.
Tidak menafikan kekurangan kawalan keselamatan di sempadan, Nor 
Mahizan bagaimanapun berkata kekurangan itu bukan kelemahan pihak 
berkuasa tetapi kelonggaran yang diberikan atas faktor talian 
persaudaraan yang akrab antara kedua-dua negara.
Bukan sahaja perhubungan antara penduduk tempatan dan warga Thailand 
tetapi juga perniagaan yang diusahakan penduduk kedua-dua negara di 
kawasan sempadan, jadi kelonggaran itu diberi.
Namun pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan 
terhadap kelonggaran itu dan menjalankan sindiket pemerdagangan manusia 
yang kejam, jelasnya.
Nor Mahizan berkata laluan sulit di Kampung Syed Omar-Kampung Puju di
 Thailand adalah antara laluan digemari sindiket penyeludupan manusia 
sekitar tahun 1980-an.
Laluan pintas merentasi sempadan itu adalah antara yang popular 
ketika itu ekoran keadaan pokok bakau yang tebal dan kebanyakan penduduk
 kampung memiliki dusun di situ.
Jadi kawalan di situ memang tidak seketat laluan lain kerana 
kelonggaran diberikan kepada penduduk kampung yang memiliki dusun malah 
ada antara dusun mereka terletak dalam sempadan Thailand, katanya.
Menurutnya, laluan pintas itu juga antara laluan yang digunakan pada 
tahun 1970-an untuk penyeludupan binatang ternakan yang ketika itu 
Malaysia amat ketat dalam keselamatan makanan import.- BERNAMA
sumber: figuramalaya.com


0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"