[PELIK] Misteri Patung Kuno Bergerak Sendiri | [TERGEMPAR] FAKTA ATAU AUTA | Manchester: Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di sebuah 
muzium menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak dan dipercayai ada 
kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari 
situ.

Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing 
perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang
 dikunci rapi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Patung setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula 
dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi 
persembahan kepada dewa Osiris.
 Masyarakat Mesir purba menganggap Osiris sebagai dewa kematian. Hanya 
beberapa kakitangan Muzium Manchester dibenarkan mengakses patung 
berkenaan. Seorang daripada mereka ialah kurator artifak Campbell Price,
 29, yang menjadi individu pertama mengesan keanehan berkenaan. Kata 
Price, kebanyakan pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut, 
tetapi dia masih tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh 
berubah sendiri. “Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke 
arah lain dan sehari kemudian, ia beralih ke arah lain.
“Tiada objek lain yang dipamerkan di muzium ini beralih kedudukan dan
 ia sangat luar biasa,” katanya. Menurut Price, masyarakat Mesir purba 
percaya patung dewa seperti itu boleh menjadi tempat alternatif kepada 
roh seseorang selepas kematiannya. “Tetapi mereka pun akan terkejut jika
 patung seperti ini bergerak sendiri,” katanya.
Disebabkan kejadian aneh itu, kakitangan muzium kemudian memasang 
kamera untuk merakamkan keadaan patung berkenaan setiap saat selama 
seminggu.
Berdasarkan rakaman itu, mereka terkejut apabila mendapati patung 
berkenaan membuat pusingan 360 darjah. Antara penjelasan yang dapat 
difikirkan ialah, kesan gegaran daripada tapak kaki pengunjung muzium, 
atau akibat trafik di luar bangunan.
Bagaimanapun, ia masih gagal menjelaskan mengapa patung itu tidak 
pernah bergerak sendiri sebelum ini. Price berkata, selama beberapa 
dekad patung itu diletakkan dalam bekas kaca dan ia tidak pernah 
bergerak sendiri. Sesetengah pihak percaya patung itu membawa sumpahan 
firaun dan membawa kecelakaan kepada sesiapa yang mencurinya dari kubur 
zaman silam.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"